Seorang lelaki bergelar bapa ditahan polis Indonesia selepas disyaki merogol anak kandungnya sehingga menyebabkan mangsa hamil sebanyak dua kali.
Artikel Berkaitan: Cabul & ‘Ratah’ 3 Anak Kandung Sampai Hamil 7 Bulan, Bapa Boleh Dipenjara 654 Tahun
Artikel Berkaitan: Mahkamah Kekalkan Hukuman Lelaki Durjana, Rogol Anak Tiri 105 Kali – ‘Bapa Jenis Apa Ini? Sekali Pun Tak Boleh Dimaafkan!’
Bapa rogol anak kandung sampai hamil
Selain suspek, isterinya juga turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes terbabit. Menurut sumber, suspek yang berusia 46 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut berkali-kali iaitu sejak tiga tahun lalu.
Meskipun si isteri mengetahui perbuatan suspek, tetapi wanita terbabit langsung tidak melindungi anak perempuan mereka. Hal ini kerana, suspek akan mengugut mahu membunuh diri sekiranya si isteri melarangnya merogol mangsa. Si isteri yang takut kehilangan suami tercinta hanya menuruti kemahuan suspek.
Akibat perbuatan itu, mangsa telah hamil sebanyak dua kali dan ibu mangsa turut bersubahat memberi ubat-ubatan dan jamu untuk menggugurkan kandungan tersebut.
Sumber: Tribunnews