Sekadar gambaar hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan maut selepas tertimbus tanah ketika berada di dalam perigi bersebelahan rumahnya di Lanchang, Temerloh, semalam.
Maut tertimbus dalam perigi
Sekadar gambaar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh iaitu Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, kejadian tersebut berlaku selepas bapa mangsa meminta anak perempuannya itu memasuki ke dalam perigi sedalam kira-kira 10 meter yang baru digalinya untuk membaiki gelung.
Ketika sedang membaiki gelung di dalam perigi secara tiba-tiba dinding perigi telah runtuh dan menimbus mangsa.
Mangsa berjaya dibawa keluar dari perigi tersebut dan dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat untuk menentukan punca kematian.
Siasatan terperinci akan dijalankan dan keterangan saksi juga akan diambil bagi melengkapkan siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Kosmo, Harian Metro