Gara-gara cemburu terhadap isteri, seorang lelaki didakwa tergamak membunuh empat orang anaknya secara bergilir-gilir.
Artikel Berkaitan: Ibu Didakwa Tergamak Bunuh Anak Kembar, Tekup Pakai Bantal Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Kejam! Ibu Tergamak Tikam Di Jantung Anak 8 Bulan Sampai Mati
Kronologi kes
Foto: Tribun News
Kejadian malang yang menimpa empat kanak-kanak tersebut dilaporkan berlaku di Jagakarsa, Jakarta Selatan, Indonesia pada 3 Disember lalu namun mayat ditemui tiga hari selepas itu setelah jiran terhidu bau busuk.
Ketika kejadian, suspek didakwa menekup mulut dan hidung mangsa yang berusia satu hingga enam tahun tersebut sehingga menyebabkan kematian akibat kekurangan oksigen.
Selepas itu, suspek menyusun mayat anak-anaknya di atas katil bilik tidur mengikut urutan umur mereka dan merakam tindakannya menggunakan telefon bimbit.
Suspek yang dikenali sebagai Panca Darmansyah kemudian ditemui di dalam keadaan berbogel di tandas rumahnya dengan kesan kecederaan yang didakwa dilakukan sendiri untuk cubaan membunuh diri.
Pihak penyiasat juga menemui nota yang tertulis ‘puas bunda, tx for all’ di lantai rumah.
Difahamkan sehari sebelum insiden berkenaan, suspek telah bertindak memukul isterinya akibat cemburu sehingga wanita itu dimasukkan ke hospital.
Lakonan semula
Foto: CNN Indonesia
Dalam perkembangan terbaru, suspek berusia 41 tahun itu telah diminta oleh pihak polis untuk melakonkan semula kejadian tersebut.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan, AKBP Bintoro berkata lakonan semula ini dilakukan bagi memberi gambaran lengkap berhubung perbuatan jenayah yang dilakukan suspek.
Suspek berasa kecewa dengan isterinya dan mengatakan mungkin si isteri akan berpuas hati sekiranya dia bersendirian dan bebas.
Berdasarkan lakonan semula itu, suspek menjelaskan secara terperinci bagaimana dia melakukan keganasan terhadap isteri dan tindakan membunuh anak-anaknya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, Panca dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menatap lukisan anak-anaknya di dinding rumah.
Untuk info, suspek telah ditahan polis sejak 20 Disember lalu selepas menjalani rawatan dan pemeriksaan psikiatri di Hospitak Polis Kramat Jati.
Sumber: CNN Indonesia, Jakarta Globe