berita

Ibu Didakwa Tergamak Bunuh Anak Kembar, Tekup Pakai Bantal Sampai Mati

July 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bunuh Bayi Kembar

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita didakwa menekup anak kembarnya yang berusia sembilan bulan menggunakan bantal sehingga mati.

Artikel Berkaitan: Tragis! Bekas Pelakon Kanak-Kanak Dibunuh Teman Lelaki Kerana Obsesi Luar Biasa

Artikel Berkaitan: Kejam! Ibu Tergamak Tikam Di Jantung Anak 8 Bulan Sampai Mati

Dikebumi tanpa bedah siasat

Bunuh Bayi Kembar

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan India Today, kejadian tersebut berlaku di kampung Danoda daerah Haryana Jind di India.

Menurut pengawai penyiasat Balai Polis Sadar, Narwana Atma berkata suspek iaitu ibu bayi kembar itu mengaku membunuh anak-anaknya 13 hari selepas insiden itu susulan laporan polis yang dibuat oleh suaminya.

Berdasarkan laporan berkenaan, pada 12 Julai lalu suami suspek pergi ke ladang dan apabila pulang ke rumah dia mendapati orang ramai berada di luar rumahnya.

Setelah masuk ke dalam rumah, isterinya Sheetal memberitahunya bahawa kedua-dua anak kembar perempuan mereka telah meninggal dunia.

Percaya dengan kata-kata wanita itu, mereka kemudian mengebumikan bayi malang tersebut tanpa melakukan bedah siasat.

Ekoran penangkapan suspek, pihak polis kemudian bertindak menggali semula kubur bayi perempuan berkenaan.

Kami telah menahan wanita yang dituduh. Keluarga itu mengebumikan anak-anak mereka itu tanpa melakukan bedah siasat.

Polis kini akan membawa keluar mayat yang dikebumikan dan bedah siasat akan dijalankan.

Sumber: India Today, Hindustan Times

SKIP THIS AD ×