berita

Kejam! Anak Tergamak Bunuh & Sebar Gambar Mayat Ibu Kepada Rakan

October 31st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa menelefon talian kecemasan 911 untuk mengaku dia membunuh ibunya ketika dia sedang tidur di sebelah adik perempuannya yang baru lahir.

Artikel Berkaitan: Ditinggal Suami, Wanita Murung Tikam Anak Tunggal Guna Pisau Dapur

Artikel Berkaitan: Menantu Heret Ibu Mentua Keluar Dari Rumah, Siap Pukul & Tolak Ke Lantai

Hantar gambar kepada rakan

Menerusi laporan Mirror UK, remaja itu dilaporkan turut menghantar gambar kejadian tersebut kepada rakannya.

Menurut polis, Derek Rosa akan menghadapi tuduhan membunuh peringkat pertama. Walau bagaimanapun, dia tidak menghadiri perbicaraan mahkamah pertamanya pada Jumaat lalu. Namun, hanya bapa dan nenek Rosa saja yang hadir di mahkamah juvana bagi pihaknya.

Rosa dilaporkan menghubungi 911 pada 12 Oktober dan didakwa memberitahu operator bahawa dia baru saja membunuh ibunya di rumah mereka di Hialeah di Florida.

Rosa juga turut memberitahu pihak polis bahawa terdapat pisau di dalam biliknya dan pistol di ruang tamu.

Sementara itu, pihak polis menyuruh Rosa untuk kekal dalam talian sehinggalah mereka  tiba di alamat tersebut.

Menurut pihak berkuasa, Rosa adalah pelajar yang baik dan tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan mental sebelum ini.

Disebabkan itu, hakim telah memerintahkan supaya dia ditahan tanpa diikat jamin dan dipindahkan ke Pusat Tahanan Metro West.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×