berita

Bapa Terjun Lombong, Tinggalkan Anak Dalam Kereta Selepas Dikejar Polis, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…

November 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Ipoh, Perak, seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa telah terjun ke dalam sebuah lombong gara-gara ingin meloloskan diri daripada ditahan oleh pihak polis. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek tergamak meninggalkan anak lelakinya di dalam kereta yang dipandunya itu.

Terjun lombong, tinggal anak

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, suspek dipercayai telah dikejar oleh pihak polis selepas mereka melihat tingkah laku suspek yang mencurigakan ketika memandu kereta jenis Proton Saga di Jalan Sultan Azlan Shah. Oleh hal yang demikian, pasukan peronda polis (MPV) telah meminta suspek memberhentikan kenderaan.

Polis meminta kenderaan diberhentikan, namun suspek bertindak memecut laju dan memaksa anggota mengekorinya sehingga kereta tersebut berhenti jalan mati di Jalan Cenderawasih. Suspek kemudiannya nekad melarikan diri dengan terjun ke dalam lombong.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihak polis dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung telah bersama-sama mencari suspek yang menyorok di dalam lombong berkenaan. Namun, selepas empat jam, suspek yang menyorok dan bernafas di sebalik pokok keladi bunting akhirnya telah berjaya dibawa keluar.

Sebulan tinggal dalam kereta

Suspek yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hasil daripada pemeriksaan mendapati terdapat alat ganti kereta dan motosikal yang dipercayai merupakan barang yang dicuri. Difahamkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang juga merupakan anak suspek turut berada di dalam kereta terbabit.

Polis telah merampas sport rim kereta dan motosikal, alternator, komponen enjin serta kereta Proton Saga tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua beranak ini sudah tinggal di dalam kereta terbabit selama sebulan. Sementara itu, kanak-kanak terbabit telah dihantar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×