Gambar sekadar hiasan
Selepas si ibu melahirkan, adalah molek buat si bapa untuk menguruskan uri bayi dengan cara membersih dan menanamnya.
Sungguh pun begitu, masih ada sesetengah bapa di zaman moden ini yang memandang remeh dan memgambil enteng perkara ini dan hanya meninggalkan uri di hospital tanpa menguruskannya dengan betul.
Untuk perkongsian kali ini, OhBulan! ingin berkongsi tentang cara pengurusan uri selepas si ibu melahirkan anak dengan betul.
Artikel Berkaitan: Gembira Uri Naik Selepas Diurut Bidan Kampung, Namun Selepas 2 Minggu..
Apa itu uri?
Gambar sekadar hiasan
Uri bayi merupakan satu bahagian yang melekat di dinding rahim ibu dan berhubung dengan bayi melalui tali pusat.
Uri bayi atau dari segi saintifiknya disebut sebagai plasenta berfungsi membekalkan oksigen dan nutrisi untuk bayi yang berada di dalam kandungan.
Bersifat sebagai peneman serta menjadi sebahagian daripada bayi di dalam kandungan, disebabkan itulah uri ini perlu diuruskan sebaiknya oleh si bapa selepas si ibu melahirkan.
Tanam uri tanggungjawab suami
Foto: Harian Metro
Antara tanggungjawab penting buat seorang suami ialah mereka perlu tahu serta mempelajari cara-cara untuk menguruskan uri dengan betul.
Sungguhpun begitu, masih ada di antara lelaki yang sudah menjadi bapa tidak tahu menguruskan uri sekaligus membuatkan mereka memandang enteng akan perkara ini.
Meskipun tidak mempunyai sebarang nas atau hadis, namun adalah lebih elok sekiranya uri yang menjadi sebahagian anggota badan tidak bernyawa untuk dibersih dan ditanam mengikut hukum agama.
Ini kerana, jika uri sekadar ditanam tanpa sebarang pembersihan yang betul, bau hanyirnya akan menarik haiwan liar untuk memakannya.
Cara urus uri bayi mengikut Islam
Gambar sekadar hiasan
Berikut merupakan cara membersih bayi dengan betul menerusi perkongsian protal @placento.
- Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
- Cuci bersih-bersih dan hilangkan darah-darah. Tidak perlu guna sabun atau syampu.
- Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
- Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci dengan bersih.
- Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci dengan bersih untuk hilangkan bau hanyir darah, Bau hanyir darah ini boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
- Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
- Letakkan dalam plastik atau bekas mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
- Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
- Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
- Tanam ditempat yang bersih dan selamat.
Untuk makluman, tiada waktu yang spesifik untuk seseorang bapa menanam uri bayi mereka namun sebaiknya ia diuruskan sejurus selepas mendapat bungkusan uri daripada pihak hospital.
Sumber: Placento, The AsianparentMalaysia