Kesemua juri tetap Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) meluahkan rasa puas hati apabila Marygrace diumumkan sebagai pemenang bagi program tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] #CSOIAM: Yusry Hanya Jalankan Tugas Sebagai Juri – ‘Kalau Tak Suka Pendapat Saya Tiada Masalah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] #CSOIAM: Rezza Shah & Alya Mardien Tersingkir Minggu Keempat, Impian Jadi Juara Terpaksa Dilupakan
Tak kisah kalau Kai atau Mary menang
Menurut Datuk Yusry Abdul Halim, mereka mengubah percaturan dari segi pemarkahan untuk final bagi mengelakkan jurang markah peserta dekat antara satu sama lain.
Memang terang-terangan dapat melihat siapa juara.
Mungkin markah tidak banyak beza, tetapi (kami) puas hati dengan pemegang gelaran juara CSOIAM.
Dalam pada itu, penyanyi Ziana Zain berpendapat keputusan akhir itu perlu diterima dengan hati terbuka kerana ia bukan hanya berdasarkan keputusan juri namun undian peminat juga diambil kira.
Minggu ke minggu dah nampak progres. Sebenarnya antara Kai atau Mary, jika salah seorang menang kami dah okay.
Setiap orang ada pandangan yang tersendiri, tetapi bagi kami (juri) ini adalah yang terbaik peserta buat untuk final.
Bagi saya itu terpulang kepada mereka sama ada mereka suka atau tidak.
Keputusan tersebut adalah perjurian yang terakhir yang kami beri begitu juga dengan perjurian yang diberikan oleh penyokong mereka dan kita kena terima dengan hati terbuka.
Manakala, penyanyi Indonesia, Cakra Khan turut mempunyai pendapat yang sama di mana dia secara jujur berpuas hati dengan setiap persembahan yang ditunjukkan oleh peserta sepanjang program.
Para juri turut tidak menafikan bahawa semua peserta mempunyai potensi namun pada malam akhir, Mary telah menunjukkan persembahan yang mantap.
Sementara itu, Yusry turut berkata pemilihan lagu kemungkinan memainkan peranan dan mengakui lagu Mary agak menyerlah daripada yang lain.
Pada saya yang membezakan dia ada stage presence, personaliti, karisma, ciri-ciri seorang artis dan yang paling penting adalah sokongan peminat.
Sokongan peminat Mary agak ketara dan kuat setiap minggu.
Malam ini terang-terangan perkara itu merupakan advantage buat Mary.
Potensi peserta OIAM
Apabila ditanya mengenai potensi peserta dalam bidang industri, Ziana berkata ia bergantung kepada individu itu sendiri.
Dengan lagu dan kelakuan yang baik, In Shaa Allah dia (Mary) boleh pergi jauh. Bagilah Mary apa-apa genre semua dia boleh buat.
Tetapi sama ada dia boleh berjaya atau tidak dalam industri itu terpulang padanya.
Pada mereka yang tak menang, kadangkala mereka boleh buat dengan baik dalam industri.
Antara mereka tidak tahu siapa, bagi saya siapa yang dah masuk OIAM ini mereka memang dah menang, cuma luck sahaja, sama ada ia menyerlah atau tidak.
Katanya, buat masa ini kesemua peserta tidak boleh dihakimi kerana mereka masih baharu.
Mereka belum artis lagi dan tidak nampak dengan lebih jelas mengenai industri. Mereka masih lagi dalam peringkat amateur, kena bagi masa.
Untuk pentas akhir yang dibawakan secara langsung di Stadium NTV7, Glenmarie, Shah Alam para finalis telah membuat dua persembahan iaitu mempersembahkan single pertama mereka serta persembahan ‘cover song’.
Dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah, program CSOIAM telah pun bersiaran selama lapan minggu dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ziana Zain, Datuk Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.
Selain juri tetap, para peserta turut diadili Faizal Tahir dan Nicholas Saputra selaku juri jemputan.
Untuk info, keputusan bagi pentas akhir ini ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton.