Perasaan teruja pasti dirasai oleh setiap pelajar yang hadir ke sekolah hari ini. Maklumlah, sudah tiga bulan tak berjumpa guru-guru dan rakan-rakan ekoran wabak yang melanda negara. Namun begitu, seorang pelajar perempuan berkongsi kisah sedih di Twitter di mana dia kehilangan ayah tercinta pagi tadi.
Baru belajar 10 minit
Menurut Naddyreyh, ayahnya telah dijemput Ilahi sebaik sahaja 10 minit sesi pembelajaran di sekolah bermula. Tambahnya, dia mengetahui hal tersebut sebaik sahaja pengawal keselamatan datang dan memohon kebenaran guru yang sedang mengajar untuk membawanya keluar dan berjumpa ibu. Ujarnya lagi, Allah permudahkan urusan ayahnya dan wajah arwah juga kelihatan bersih dan tersenyum.
Kasih sayang Allah lagi besar
Rata-rata netizen memberi sokongan dan kata-kata semangat buat pelajar tersebut. Mereka juga mendoakan serta sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Sumber: Naddyreyh