berita

Baru 2 Bulan Nikah, Atta Halilintar Umum Isteri Hamil

May 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru sahaja dua bulan bernikah, akhirnya pasangan pengantin baharu iaitu Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal dikurniakan cahaya mata. Perkongsian berita gembira itu telah dimuat naik melalui laman Instagram menantu kepada penyanyi Indonesia iaitu Krisdayanti sendiri.

Artikel berkaitan: YouTuber Popular Indonesia Atta Halilintar Selamat Nikah, Presiden Jokowi Jadi Saksi

Anak pertamaku

Atta Halilintar meluahkan rasa syukur dan gembira kerana tidak lama lagi dia bakal bergelar seorang ayah. Malah, dia juga tidak menyangka bahawa isterinya hamil setelah kira-kira dua bulan bernikah.

Alhamdulillah Ya Allah. istriku POSITIF HAMIL! My dream come true! GOLLLLL GOLLLL GOLLLL. Insyallah Anak Pertama ku. Cek masa subur istri pakai Andalan Ovulation Test, akhirnya positif garis dua pakai Andalan Pregnancy Test! Emang beneran tepat terpercaya banget!

Bakal cucu mesti bangga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

Bukan itu sahaja, berita gembira mengenai kehamilan Aurel Hermansyah turut dikongsi bersama ibu bapa kepada Atta dan Krisdayanti. Ternyata mereka masing-masing juga tidak sabar untuk menyambut kelahiran cucu yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Sumber: Atta Halilintar

SKIP THIS AD ×