berita

Baru 2 Hari Nikah Dah Minta Cerai, Penyanyi Bagi Alasan Sayang Lelaki Lain

December 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru dua hari mendirikan rumah tangga, penyanyi Indonesia iaitu Ratu Rizky Nabila dikatakan bakal bercerai dengan suaminya, Ibrahim.

Cerai lepas 2 hari nikah

Menurut Ibrahim, dia dan Ratu Rizky Nabila bernikah pada 26 November (Sabtu) dan pada hari Selasa, isterinya telah meminta cerai. Lebih mengecewakan apabila Ibrahim mendapat tahu Nabila menyimpan perasaan cinta terhadap lelaki lain.

Hari itu, dia hampir nak batalkan majlis kahwin & halau tetamu. Bila tanya, alasannya dia salah faham kononnya tak dapat restu keluarga aku. Apabila ditanya adakah sesiapa yang memaksa untuk berkahwin, katanya tidak!

Tambah Ibrahim lagi, apabila ditanya alasannya mahu bercerai, Nabila mengaku bahawa dia menyayangi lelaki lain. Tetapi Ibrahim tidak tahu dan tidak mengenali lelaki yang dimaksudkan isterinya itu. Bercerita dengan lebih lanjut, Ibrahim akui hatinya sangat hancur mengenangkan nasib yang dilaluinya sehingga tidak boleh tidur.

Difahamkan, ini merupakan perkahwinan kedua Nabila. Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Alfath Fathie pada Mac 2020 sebelum bercerai pada 5 Mei 2021. Hasil perkahwinannya terdahulu, Nabila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jewanio Rizky Abbaz.

Sumber: KapanLagi

SKIP THIS AD ×