berita

Baru 2 Minggu Kahwin, Pasangan Pengantin Ditemui Dalam Keadaan ‘Mengerikan’. Anak Sempat Panggil Bapa Tapi..

June 4th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di katil rumah mereka di Dusun Peutuha Bahron, Desa Cot Jabet, Kecamatan Gandapura Bireuen, Aceh.

Kematian Kartini (pengantin perempuan) dan suaminya Abdul Karim sekali gus, menimbulkan pelbagai spekulasi dan masih dalam siasatan pihak polis.

Pengakuan bapa mentua

Foto: Tribun News

Lapor Tribun News, bapa kepada pengantin perempuan, M Hasan menceritakan pada mulanya dia yang berada di ruang tamu terdengar suara ‘pelik’ yang datang dari bilik anaknya itu. Susulan daripada itu, lelaki ini mengetuk pintu bilik anaknya untuk mengenal pasti apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, menantunya ketika itu menjelaskan isterinya sedang mengigau sahaja.

Ayah, ayah.

Namun, selepas 10 minit dia tidak mendengar lagi suara anaknya itu. Curiga dengan apa yang telah terjadi, dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan cuba mengintip menerusi ruang tingkap.

Tetapi apa yang mengejutkan, apabila dia melihat anak dan menantunya penuh dengan limpahan darah. Panik dengan apa yang telah terjadi, dia bergegas memaklumkan kepada jiran tetangga tentang apa yang telah terjadi.

Ditemukan dalam keadaan yang tidak lagi bernyawa

Sekadar gambar hiasan

Ketika pintu bilik tersebut berjaya dibuka, pasangan ini tidak lagi bernyawa dan telah disahkan meninggal dunia. Menerusi siasatan awal, pihak polis mengesyaki ini merupakan kes pembunuhan.

Ketika itu saya mendengar suara seperti orang mengigau, saya ke pintu dan meminta pintu dibuka, pintu tidak dibuka, saya keluar dan cuba lihat melalui tingkap.

Ujar pihak polis, si suami dipercayai membunuh isterinya dengan cara mengelar di bahagian leher sebelum mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan cara yang sama. Difahamkan, Abdul Karim bertindak sedemikian kerana dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya.

Sumber: Tribun News

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×