Baru tiga hari dilahirkan, seorang bayi dikejarkan ke bahagian kecemasan dan trauma selepas berlaku pendarahan teruk di belakang kepala. Doktor Faruq Zulkafli yang mengendalikan kes cemas ini menceritakan semula pengalamannya merawat pesakit yang merupakan anak ketiga kepada seorang ibu. Apa yang lebih memeranjatkan apabila ibu hanya membawa anak ke hospital selepas beberapa jam pendarahan berlaku.
Pendarahan di belakang kepala
Menceritakan detik cemas tersebut, Dr Faruq Zulkifli memaklumkan mereka baru sahaja keluar wad semalam dan bayi berada dalam keadaan baik. Apabila ditanya sama ada bayi ada terhantuk atau terjatuh, si ibu menafikan perkara tersebut.
Selepas pemeriksaan, bayi didapati sangat pucat, tidak aktif dan pendarahan di bahagian belakang kepala berlaku.
Menyusu 3 minit kemudian tidur
Kali terakhir bayi menyusu adalah pukul 9 pagi lebih kurang 3 minit kemudian bayi dikatakan tidur. Menurut ibu lagi, sebelum ini bayi menyusu lebih kurang 3-4 jam sekali lebih kurang 5-6 minit sahaja. Ibu baru perasan pendarahan di kepala bayi jam 10 pagi kemudian bertindak membawanya ke hospital pukul 1 tengah hari.
Sejurus itu, doktor segera menolak bayi ke red zone untuk menyelamatkan bayi ekoran keadaannya yang semakin lemah.
Kulit kepala nipis, rambut gugur lagi
Sentiasa pastikan bayi kenyang
Bayi terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi (NICU) dan hospital pakar untuk rawatan lanjut ekoran keadaannya yang kritikal. Bayi difahamkan dijangkiti kuman dan pendarahan di bahagian belakang kepala adalah disebabkan perkara lain yang masih belum dipastikan.
Dr Faruq walaubagaimanapun menasihatkan ibu-ibu untuk memastikan bayi kenyang ketika menyusu. Ini untuk mengelakkan bayi mendapat hypoglycemia (glukosa darah yang rendah) kerana kurangnya susu khususnya bagi ibu-ibu yang diabetes ketika hamil.
Kata doktor ini lagi, pendarahan di kepala dan hypoglycemia tidak berkait dan bayi ini sebenarnya berdepan dua masalah besar yang berbeza.
Sumber : Faruq Zulkafli