Di Beijing, seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan telah diagnosis dijangkiti wabak coronavirus. Kes ini sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai yang beranggapan wabak tersebut boleh berjangkit ketika bayi itu masih dalam kandungan ibunya.
Baru 30 jam lahir
Menerusi laporan CBS News, kes ini menjadikan bayi berkenaan sebagai individu paling muda direkodkan dijangkiti virus yang mengakibatkan kematian hampir 500 nyawa di negara itu.
Menurut pakar perubatan, sebelum melahirkan bayi berkenaan, si ibu disahkan positif coronavirus dan berkemungkinan bayi tersebut dijangkiti semasa dia di dalam rahim, semasa bersalin atau selepas bayi itu dilahirkan.
Ibu bayi baru lahir itu adalah pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus. Buat masa ini, tanda vital bayi stabil.
Bayi seberat 7 paun itu walau bagaimanapun tidak mengalami demam dan batuk sebaliknya mengalami sesak nafas. Hasil pemeriksaan X-ray juga mendapati beberapa simptom jangkitan selain terdapat keabnormalan pada fungsi hati.
Ruangan khas buat ibu hamil
Menurut sumber, bayi yang dijangkiti virus selepas 30 jam dilahirkan kini berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemerhatian perubatan. Sementara itu, doktor kanan di Jabatan Perubatan Neonatal di Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Dr. Zeng Lingkong berkata ibu hamil perlu menjauhkan diri daripad mereka yang dijangkiti wabak ini supaya tidak memberi kesan terhadap kandungan kelak.
Menurut Dr. Zeng, kes seperti ini memberikan petanda bahawa virus ini tersebar melalui ‘laluan’ lain. Tambahnya lagi, pihak hospital di Wuhan juga telah menyediakan satu ruangan khas untuk ibu hamil yang dijangkiti wabak coronavirus ini.
Sumber: CBS News, New York Post