Pelakon, Puteri Sarah berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah. Dalam video tersebut, Syaikhul dilihat sedang membasuh pinggan yang berada di dalam sinki.
Anak yang rajin
Menurut Puteri Sarah, Syaikhul seorang anak yang baik, soleh dan rajin membantunya di dapur. Lebih terharu, anaknya itu boleh dikatakan sangat matang, pandai menyayangi orang serta terlalu protektif terhadap adiknya, Summayah.
Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh. Keep being you. Anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua. Baru 5 tahun tapi matang dan sayang serta protect adik.
Menerusi video tersebut juga, Syaikhul berkata dia hendak menjadi seorang yang rajin dan mahu meringankan beban ibunya. Tambah Syaikhul, dia selalu memasak bersama ibunya. Di akhir video, Syaikhul meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.
View this post on Instagram
Lindung mama okay
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet terharu melihat sikap Syaikhul yang ringan tulang.
Sumber: Puteri Sarah