berita

Baru 6 Bulan Keluar Penjara, Bekas Banduan Direman Tikam Bapa Saudara Hingga Maut, Berang Disuruh Cari Kerja

July 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan dari penjara sekali lagi telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa menikam bapa saudaranya sehingga maut. Insiden ngeri itu dipercayai berpunca kerana suspek berang akibat ditegur oleh mangsa.

Berang lepas ditegur pak saudara

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Kosmo, mangsa ditemui di Kampung Serom 3, Sungai Mati, Johor dalam keadaan yang sangat menyayat hati dimana bahagian muka, kepala dan bahagian badan mengalami kecederaan parah dipercayai kesan daripada senjata tajam. Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat, mangsa yang berusia 72 tahun didakwa telah ditikam oleh anak saudaranya dengan menggunakan sebilah pisau sepanjang 27 sentimeter.

Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek telah tinggal serumah sejak kecil. Pada hari kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa ekoran pemuda itu sering ditegur bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.

Tidak tahan dengan teguran itu, suspek yang berusia 36 tahun itu kemudian bertindak agresif dengan menikam mangsa. Menurut sumber, ketika kejadian, terdapat tiga saudara terdekat namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Hasil daripada semakan rekod lampau, suspek memiliki enam rekod jenayah lampau antaranya berkaitan dadah, cabul dan kekerasan jenayah. Difahamkan, suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara sekitar bulan Januari lalu. Mohd. Fadhil memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

SKIP THIS AD ×