Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan sebuah perhubungan yang penuh dengan kasih sayang serta kekal hingga ke akhir hayat. Mekipun begitu, tidak semua orang bernasib baik dalam mengejar kebahagiaan berumah tangga.
Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila rumah tangga yang baru dibina akhirnya ‘terputus’ di tengah jalan.
Cerai lepas 6 bulan nikah
Kisah duka ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Nur Laela. Menurut wanita ini, dia dah suami telah selamat diijabkabulkan pada 12 November 2020. Pada tanggal 26 Disember 2020, pasangan ini menerima berita gembira apabila wanita tersebut disahkan hamil. Namun siapa sangka, kegembiraan yang dilalui oleh mereka hilang dalam sekelip mata sahaja. Hal ini kerana, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga, hubungan suami isteri ini akhirnya menemui titik noktah apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah.
Dan sekarang akan berpisah pada 19 April 2021. Mungkin ini karma kerana rebut suami orang dan bahagia di atas penderitaan orang lain.
Dalam video lain, wanita ini meluahkan rasa syukur atas rezeki memiliki zuriat selain berharap agar bayi dalam kandungannya itu berada dalam keadaan sihat. Bahkan wanita ini mengakui bahawa bayi tersebut adalah satu kekuatan yang membuatkan dia mampu meneruskan hidup sehingga kini.
Maafkan ibu ya sayang kerana tak mampu jadi isteri yang baik kepada ayah. Anak ibu yang harus jadi mangsa tidak mendapatkan kasih sayang sepanjang pertumbuhanmu. Tapi ibu akan selalu ada.
Malaikat ibu tidak bersalah tapi hanyalah jadi mangsa keegoan ibu. Ibu dah berusaha tapi ibu kalah.
Video TikTok
@nurlaelatiktokers0? original sound – _azuan.daud
@nurlaelatiktokers0lagi di posisi terpuruk tidak ada yg memahami penderitaan ku hanya ku simpan sendiri tanpa ada yg tau.? original sound – ???? ????? ?????
@nurlaelatiktokers0? LDR – Jul_10
Sumber: Nur Laela