berita

Baru Balik Haji, Neelofa Kini Dikuarantin Kerana Terkena Jangkitan Influenza A

August 22nd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Pengacara dan usahwan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa memohon maaf kepada pihak yang terlibat kerana terpaksa membatalkan semua temujanjinya disebabkan masalah kesihatan.

Neelofa juga dikatakan baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.

Neelofa dijangkiti Influenza A

https://www.facebook.com/111918652165065/posts/2700831779940393?s=100000923602075&sfns=mo

Berita ini dikongsikan oleh admin di laman Facebook rasmi Neelofa yang mengatakan bahawa Neelofa telah terkena jangkitan Influenza A.  Neelofa juga turut memberitahu bahawa kini dia sedang dikuarantin selama seminggu di hospital.

Assalamualaikum. Malangnya saya ingin memberitahu perjalanan saya ke Arab Saudi baru-baru ini telah menyebabkan saya dijangkiti Influenza A dan dinasihatkan untuk dikuarantin selama seminggu.

Oleh itu, dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.

Saya terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku.

Dalam pada itu, Neelofa juga memohon mendoakan kesihatannya.

Semoga kesihatan saya kembali pulih pada minggu depan dan boleh kembali kerja seperti biasa.

Tolong doakan kesembuhan saya.

Syafakillah, get well soon Neelofa

Rata-rata warga Facebook mendoakan agar Neelofa diberi kesembuhan.

Sumber: Neelofa

SKIP THIS AD ×