berita

‘Baru Beberapa Bulan Dapat Sijil Nikah, Saya Dimadukan..’ – Suami

September 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sumber: Harian Metro

Seorang suami mendakwa ‘dimadukan’ si isteri yang dikatakan mendirikan rumah tangga keduanya di Terengganu pada April lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla ‘Plan’ Nak Nikah Lagi Jika Isteri Kedua Tak Boleh Hamil

Suami dakwa ‘dimadukan’

Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Rahaman Mohamed Jaafar, 47, memberitahu dia dan isterinya telah berkahwin pada Januari 2019 di Narathiwat, Thailand. Namun pada Januari tahun lalu, wanita yang berusia 32 tahun itu dikatakan menghilangkan diri.

Lebih mengejutkan apabila Rahaman mengetahui bahawa isterinya sudah berkahwin buat kali kedua bersama lelaki lain sedangkan dia tidak pernah menceraikan wanita itu.

Selepas saya membuat semakan, saya dapati isteri ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu.

Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya.

‘Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri’

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, Rahaman telah memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua. Pasangan itu juga tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes selesai dibicarakan.

Difahamkan, perkahwinan Rahaman dan isterinya sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

Menerusi laporan sebelum ini, Rahaman percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isterinya dengan suami keduanya kerana perkahwinan mereka di luar negara masih dalam proses pengesahan.

Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.

Terdahulu, Rahaman menafikan tidak pernah melafazkan cerai talak tiga seperti yang didakwa isterinya. Rahaman juga diberi tempoh 14 hari untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan tersebut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×