berita

Pengamal Poligami Dakwa Puteri Sarah Hasut Isteri Untuk Bercerai Jika Dimadukan – ‘Itu Kesalahan Di Bawah Akta 559’

September 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Fais Al-Hajari

Pempengaruh media sosial, Fais Al-Hajari tampil menegur kenyataan yang dibuat pelakon, Puteri Sarah Liyana berhubung isu poligami yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Artikel Berkaitan: ‘Elak Saman Menyaman’ – Yusof Haslam Harap Puteri Sarah Selesai Isu Dengan Bekas Menantu Kazar Cara Baik

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Ingin Berpoligami? Ini Penjelasan Dr. Robiah Kulop Hamzah – ‘Kalau Dia Tak Adil, Esok Tersungkur Di Sana’

Menghasut para isteri

Fais Al-Hajari

Menerusi hantaran di Facebook, Fais yang juga pengamal poligami berkata dia tidak menyokong kenyataan yang dikeluarkan Sarah apabila dia seakan mengajak para isteri yang telah dimadukan untuk ‘angkat kaki’ dan meninggalkan suami mereka.

Jelas Faiz, kenyataan yang dikeluarkan aktres itu juga disifatkan sebagai menghasut dan boleh didakwa di bawah Akta 559, kesalahan jenayah syariah.

Macam ini la Puteri Sarah akui sahaja story anda tu tidak kena. Anda kata anda tidak hasut sesiapa?

Anda tahu tak ayat anda tu pun dah boleh dikategorikan sebagai hasut? “Kalau tak suka, angkat kaki goodbye”.

Anda ni public figure. Kata-kata anda ada yang diidolasi, jadi ayat sesimple itu sebenarnya boleh diletakkan bawah kategori menghasut perempuan supaya “angkat kaki goodbye”.

Dan benda ni adalah satu kesalahan di bawah Akta 559 iaitu akta kesalahan jenayah syariah wilayah persekutuan 1997, di bawah seksyen 38 tertulis. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Dalam pada itu, Fais turut menegur Sarah berhubung kenyataannya yang berbunyi ‘tidak semua lelaki boleh jadi Rasulullah’.

Anda menulis “tidak semua lelaki boleh jadi Rasulullah”, salah tu. Yang tepatnya ialah tiada lelaki yang boleh jadi macam Rasulullah tapi dalam masa yang sama, tak akan ada wanita boleh jadi macam Khadijah.

Jangan ingat suami je kena bertanggungjawab memastikan rumah tangga yang bahagia, tanggungjawab isteri pun sama beratnya.

Justeru, Fais berharap ibu kepada dua cahaya mata itu tidak lagi masuk campur tentang urusan orang lain yang sedang berdepan masalah poligami.

Sekali lagi anda tidak payahlah nak letakkan orang lain dalam kasut anda. Setiap pasangan hidup ada cerita mereka dan tak semestinya anda melalui kehancuran rumahtangga disebabkan poligami, maka orang lain pun anda bajet macam lebih kurang sama je cerita mereka.

Saya dah bgtau anda tadi, lebih baik anda doakan yang baik-baik je kepada mereka dan tak perlu keluarkan status yang sebegitu kerana ianya memang mengundang kotonasi yang salah.

Saya rasa, khalayak lebih sedar siapakah yang meroyan teruk bila hal-hal begini muncul, jadi anda tak payahlah kata orang lain meroyan.
Saya harap ni status last saya sentuh pasal anda. Saya doakan anda bahagia.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×