berita

Baru Beberapa Jam Dilantik, Ketua Polis Mati Ditembak Kartel Dadah, Foto Mayat Terbaring Tepi Jalan Tersebar

August 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ketua polis yang baru beberapa jam dilantik dilaporkan maut selepas dibunuh oleh kartel dadah Mexico ketika mangsa sedang menjalankan tugas dengan membuat rondaan.

Dibunuh kartel dadah

Memetik laporan Daily Mail, mangsa iaitu Juan Miguel Silva Alvarado dikatakan baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Keselamatan Awam Perbandaran beberapa jam sebelum dia dibunuh. Mangsa yang diiringi dua kereta peronda telah diserang sebelum dia ditembak berkali-kali oleh kartel Sinaloa di kawasan Pejabat Pendakwa Negeri Sinoloa di Culiacán.

Suspek kemudian mengambil senjata api milik mangsa sebelum melarikan diri. Menurut sumber, senjata api tersebut kemudian ditemui di tepi jambatan dan pihak berkuasa percaya, senjata itu digunakan suspek untuk membunuh mangsa. Gambar mayat mangsa yang telah dipenggal dan terbaring di tepi jalan telah tersebar.

Menurut laporan, kartel di Sinaloa yang ditubuhkan pada akhir 80-an merupakan pembekal utama heroin, kokain, meth, MDMA dan fentanyl ke Amerika Syarikat. Serangan pembunuhan terbaharu itu berlaku selepas keganasan kartel yang telah menyebabkan keadaan Mexico menjadi huru-hara. Setakat bulan Julai hingga 1 Ogos lalu, sekurang-kurangnya 11 individu telah dibunuh oleh samseng di Tijuana.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×