
Hanya selepas sehari dibuka, pelakon Saharul Ridzwan berdepan dugaan apabila terpaksa menutup sementara operasi cawangan pertama kedai makan miliknya di Wisma Central, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Mohon Maaf Pada Isteri, Anggap Diri Memaksa Tuntut Hak Sebagai Suami – ‘Perkahwinan Bukan Medan Menuntut’
Masalah paip tersumbat

Saharul, 36, berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas premis berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik dan masalah saluran paip tersumbat yang berpunca daripada pengurusan bangunan.
Minta maaf, kami terpaksa tutup kedai Ayam Gepuk Papa Jon di Wisma Central selama seminggu. Kita sudah rancang sebaik-baiknya, tapi apa yang Allah bagi tulah yang sebaiknya.
Ini merupakan hari opening kedai, sudah hias dan setup dengan cantik. Namun, tetapi ada masalah dari segi elektrik dan saluran paip tersumbat.
Masalah ini bukan berpunca daripada kedai kami, tetapi ini adalah kerja-kerja pihak pengurusan wisma. Kami tiada cara lain selain terpaksa tutup seminggu.
Meskipun sedikit sedih dengan situasi itu, Saharul tetap positif dan menganggap apa yang terjadi sebagai cabaran awal dalam perjalanan perniagaannya.
Dugaan dan cabaran cawangan pertama. Semakin menarik perjalanan perniagaan makanan ini. Semoga Allah permudahkan.
Dalam pada itu, Saharul meluahkan rasa syukur apabila hari pembukaan kedainya tetap mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.
Pada hari opening saya sangat bersyukur ramai sangat yang datang dan berikan ulasan yang bagus.
Jika ada kekurangan boleh beritahu supaya saya dan pasukan dapat memperbaiki pada masa akan datang.
Sumber: TikTok








