Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi tentang doa yang diminta ketika berada di Tanah Suci.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Cakap Dekat Dia, Jom Kita Kahwin Nak? Lepas Tu Dia Letak Telefon, Rupanya…’
Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Jual Rumah Di Cyberjaya – ‘Dengan Pengorbanan, Akan Datang Kemanisan’
Doa depan Kaabah
@shahrulridzwan39 Begitu Indah Perjalanan Cinta Mereka? #saharulridzwan #fyp #foryoupage #fypage #fypp #foryou
Menerusi perkongsian di TikTok, Saharul atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata semasa berada di Makkah, dia pernah memohon doa kepada Allah SWT tentang jodohnya.
Namun tanpa diduga, seusai mengaminkan doa, di hatinya terlintas nama isterinya iaitu Deena Amir meskipun pada ketika itu mereka sudah lama tidak berhubung.
Di depan Kaabah saya minta doa, Ya Allah..aku beli rumah, aku nak beli kereta, Kau kahwinkan lah aku.
Saya cakap je nak kahwin tu, terlintas nama Deena.
Sedangkan hubungan saya dengan dia dah berakhir tapi kenapa terlintas tentang dia.
Pelakon berusia 35 tahun itu berkata, ibunya sangat gembira setelah dia memaklumkan tentang hasratnya untuk mengahwini Deena.
Kemudian balik Malaysia dan sampailah ke kisah tentang hari jadi Deena. Lepas tu saya beritahu ibu saya yang saya nak berkahwin dengan Deena. Ibu saya Masya-Allah, seronok sangat.
Untuk info, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 7, Fateema Azzahara, 4, dan Khadijah Alkubraa,1.
Sumber: TikTok