Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan mengenai produk makanannya yang baru sahaja mendapat pengiktirafan halal.
Artikel Berkaitan: Dengdeng & Sambal Nyet Terima Sijil Halal, Khairul Aming Harap Dapat Luaskan Bisnes
Tak bermaksud tak halal
Ada yang tanya kalau hari ni baru dapat sijil halal, maksudnya sebelum ni tak halal ke makan sambal dan dendeng. Bukan bermaksud benda tu tak halal, cuma nak buat kilang ada prosedur dia. Kita bina kilang daripada kosong, memang ambil masa nak siapkan production line sepenuhnya.…
— Khairulaming (@khairulaming) November 21, 2024
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi X, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menjelaskan bahawa ketiadaan sijil halal sebelum ini bukanlah bermakna produk makanan yang dijualnya tidak halal.
Jelas Khairul, dia perlu menjalani beberapa prosedur yang telah ditetapkan memandangkan pembukaan kilang produk makanan bermula dari ‘zero’.
Ada yang tanya kalau hari ini baru dapat sijil halal, maksudnya sebelum ini tak halal ke makan sambal dan dendeng.
Bukan bermaksud benda itu tak halal, cuma nak buat kilang ada prosedur dia.
Kita bina kilang daripada kosong, memang ambil masa nak siapkan ‘production line’ sepenuhnya.
Pertama sekali, kita dapatkan sijil MeSTI KKM selepas itu kita mohon halal.
Dan selepas ini kita akan mohon pula sijil lain yang seterusnya, step by step.
Khairul menjelaskan perkara tersebut selepas ada yang mempertikaikan status halal produk makanan yang dijualnya sebelum ini.
Sijil halal nak naik taraf kilang
View this post on Instagram
Tambah pempengaruh berusia 32 tahun itu lagi, permohonan sijil halal yang dibuat adalah bertujuan untuk menaiktaraf kilangnya di samping menambah keyakinan pelanggan terhadap produk jualannya.
Sudah tentu kita masak yang halal sebab saya sendiri nak makan produk saya itu.
Sijil halal ini kita mohon sebab nak naikkan taraf kilang dan nak bagi keyakinan bahawa kilang, pembekal dan proses makanan kita bukan sahaja bersih dan selamat tetapi juga disahkan halal semuanya.
Sekarang, kita dah boleh plan untuk kembangkan lagi market jualan selepas dapat sijil halal, insya-Allah.
Terdahulu, Khairul Aming meluahkan rasa syukur dan teruja apabila kilang pemprosesan makanan miliknya mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan.
Sumber: Aplikasi X, IG Khairul Aming