Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui wanita ini apabila suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya.
Meninggal dunia ketika tidur
Seorang wanita yang dikenali dengan nama Huda terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya, Allahyarham Azizul Bin Husen yang bertugas di Kem Terendak, Melaki telah ‘pergi’ ketika tidur. Lebih meruntun hati apabila mengetahui pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 29 Oktober lalu. Namun siapa sangka, baru dua bulan mendirikan rumah tangga, Huda diuji dengan kehilangan suami tercinta.
Pemergian Allahyarham Azizul bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada isteri dan ahli keluarga malah dirasai oleh rakan terdekat yang turut berkongsi kesedihan menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok.
Menerusi video tersebut, rakan-rakan Allayarham menyifatkan Allahyarham seorang sahabat yang sangat baik. Malah mereka berharap agar isteri Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini. Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan salam takziah buat isteri dan keluarga Allahyarham.
Video
Salam takziah
Sumber: TikTok