berita

Baru Hari Pertama Masuk MAEPS, Gelagat Suami Tengok Senarai Nama Discaj Bikin Terhibur!

January 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Peningkatan jumlah kes Covid-19 di sekitar Selangor, semakin membimbangkan sejak belakangan ini. Susulan daripada peningkatan kes yang berlaku, kebanyakan individu yang positif wabak berkenaan akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS, Serdang.

Di TikTok, seorang wanita bernama Putri Renaejon berkongsi video mengenai suaminya yang kini sedang menjalani proses kuarantin di MAEPS. Jelasnya, suaminya itu dibawa menaiki ambulans sewaktu disahkan positif wabak berkenaan.

Husband kena kuarantin

Menerusi video 0:20 saat, suami Renaejon itu kelihatan tenang semasa ambulans datang mengambilnya. Bapa kepada dua orang anak ini juga sempat menggalas beg dan membuat panggilan video bersama isteri dan anak-anaknya sewaktu sampai di pusat kuarantin.

Cepat pulang ke rumah

Lebih mencuri tumpuan netizen apabila melihat video TikTok Renaejon ialah gelagat suaminya yang ‘kantoi’ tekun menyemak senarai individu yang dibenarkan discharge dari pusat kuarantin tersebut. Wajah lelaki itu kelihatan seperti menaruh harapan bahawa namanya sudah berada di papan maklumat tersebut. Momen tersebut telah mendapat hampir 500 ribu tontonan setakat ini.

Mana tahu nama terselit

Sumber: Renaejon

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×