berita

Baru Je Belikan Telefon Baru, Pembantu Rumah Emma Maembong Lari Ikut Boyfriend!

March 15th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Pelakon Emma Maembong kongsi rasa terkilan apabila pembantu rumah yang dijaga dengan baik akhirnya keluar rumah tanpa berita. Menurut Emma, pembantu rumah tersebut dipercayai mengenali seorang lelaki di laman Facebook sehingga berani bertindak demikian.

Pembantu rumah lari

Hi, Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa. Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura pura baik dengan kita.

Menurut Emma Maembong, pembantu rumahnya secara tiba-tiba keluar daripada rumah mengambil kunci serta kad keselamatan rumah sambil membawa dua plastik sampah besar. Pembantu rumah meminta izin untuk membuang sampah sambil meninggalkan bayi di ruang tamu. Namun selepas 30 minit, pembantu rumah tersebut tidak muncul-muncul dan hilang tanpa berita.

Dia terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact. Jadi, tujuan saya cuma nak beri peringatan pada semua untuk berhati hati. Semoga Allah membalas segalanya.

Hancur hati saya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Sedih saya, saya jaga dia elok-elok. Baru bawa balik dari shopping dan belikan telefon baru. Memang hancur betul hati saya bila dapat tahu macam ini. Rupa-rupanya dia kenal lelaki di Facebook.

Dakwa Emma Maembong, pembantu rumahnya mengenali seorang lelaki di Facebook yang mengajaknya kahwin. Disebabkan itu, pembantu rumah tergamak keluar lari semata-mata percaya janji lelaki di Facebook untuk berkahwin dengannya.

Rata-rata di ruangan komen tumpang simpati dengan nasib pelakon tersebut dan berharap agar Emma sabar dengan kejadian ini. Tak kurang juga yang kongsi pengalaman mereka hadapi kejadian sama seperti Emma.

Saya pun sama pernah ada pembantu rumah, memang baik sampai 10 tahun duduk dengan saya. Last-last keluar dengan jantan di Facebook terus dikebas duit saya. Geram betul, ingat jangan bagi muka dekat pembantu rumah.

Sumber : Emma Maembong

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×