berita

Baru Keluar Penjara, Penggali Kubur Buat Hal Lagi, Rogol & Tanam Mayat Budak

November 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki Rusia yang baru sahaja dibebaskan dari penjara telah ditahan dan ‘disumbat’ semula ke dalam penjara selepas mengaku merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Apa yang paling mengejutkan apabila suspek yang juga masih berada di bawah pengawasan polis tergamak mencekik mangsa sehingga mati sebelum menanamnya di dalam kubur.

Baru keluar penjara dah buat hal

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, suspek yang dikenali dengan nama Artem Osipov telah dibebaskan pada bulan Februari yang lalu. Suspek telah menjalani hukuman penjara selama 15 tahun berikutan dengan penglibatannya dalam kes jenayah seperti membunuh, merompak, mengedar dadah dan sebagainya.

Difahamkan, suspek yang berusia 40 tahun itu juga bekerja sebagai penggali kubur. Namun, tidak lama selepas dibebaskan, Osipov sekali lagi bertindak kejam dengan merogol dan membunuh Polia Skovorodchenko.

Tak balik rumah

Menurut sumber, kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Alyona selepas mendapati anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat petang. Dia yang bimbang akan keselamatan Polina terus melaporkan kepada pihak polis.

Sementara itu, saudara-mara mangsa memaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah keluar untuk menghantar surat khabar percuma di kawasan berkenaan. Namun, tiga hari selepas itu barulah mayat mangsa ditemui oleh pihak polis selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Bawa mayat mangsa dalam hutan

Berikutan daripada rakaman tersebut, pihak polis telah menahan suspek dan suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu. Bukan itu sahaja, dia juga turut menunjukkan lokasi dimana mayat kanak-kanak itu disembunyikan.

Dia berjumpa dan bersembang dengan kanak-kanak itu di tepi jalan. Dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah selain berkemungkinan dia berjanji untuk membantu mengedarkan surat khabar tersebut di blok rumahnya itu.

Suspek kemudian memulakan niat kotornya itu dengan menyerang mangsa secara seksual dan mencekik mangsa sehingga mati. Tidak cukup dengan itu, dia membawa mayat mangsa ke kawasan hutan berhampiran dengan rumahnya dan menanamnya ke dalam lubang sebelum ditutup dengan daun.

Suspek akan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Daily Star, The Sun

SKIP THIS AD ×