berita

Baru Meninggal Dunia, Ibu Bapa Dah ‘Berebut’ Harta Peninggalan Sulli Berjumlah RM 18 Juta

October 29th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan K-pop baru-baru ini dikejutkan dengan berita kematian selebriti terkenal, Sulli yang ditemui meninggal dunia di rumahnya di Seongnam, Seoul. Walaupun sudah lebih seminggu Sulli meninggal dunia, namun kisah kematiannya ini masih lagi menjadi buah mulut netizen.

Terbaru, industri sekali lagi dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan berlakunya pergaduhan antara kedua ibu bapanya mengenai perebutan harta peninggalan Sulli.

Harta peninggalan RM 18 juta

Menerusi Malay Mail, ibu bapa Sulli dikatakan ‘berperang’ kerana berebut harta peninggalan gadis 25 tahun itu.

Keseluruhan harta yang telah dikumpulkan Sulli hasil daripada titik peluhnya adalah berjumlah hampir 5 billion won (RM 18 juta).

Abang kedua Sulli iaitu Choi Daehee walau bagaimanapun enggan menerima apa-apa hak pewarisan harta yang ditinggalkan Sulli memandangkan adik perempuanya itu telah pun meninggal dunia.

Jatuh kepada ahli keluarga

Menurut undang-undang di Korea Selatan, harta pusaka yang ditinggalkan gadis itu boleh dibahagikan kepada ahli keluarga termasuk kedua ibu bapa, pasangan, anak dan adik beradik.

Sebelum meninggal dunia, Sulli  langsung tidak meninggalkan sebarang wasiat mengenai pewarisan hartanya.

Memandangkan Sulli yang masih belum berkahwin, maka harta tersebut akan diberikan kepada ibu bapa, dua orang abangnya dan seorang adik lelaki.

Sumber: Malay Mail

SKIP THIS AD ×