berita

Baru Naik Pelamin, Isa Khan Idam Anak Kembar?

March 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas beberapa tahun menyulam cinta, pelakon, Risteena Munim dan Isa Khan telah sah bergelar suami isteri, semalam. Majlis resepsi yang turut dilakukan pada sebelah malam itu hanya dihadiri ahli keluarga dan teman-teman rapat sahaja.

Artikel berkaitan:Hanya Sekali Lafaz, Risteena Sah Bergelar Isteri Isa Khan

Artikel berkaitan: Pilih Tarikh ‘Hari Bahagia’ Sama Dengan Adik, Miller Khan Lamar Kekasih Dalam Helikopter

Menerusi laporan Media Hiburan, pasangan ini turut berkongsi perancangan masa hadapan mereka terutama soal zuriat.

Idam anak kembar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Perancangan cahaya mata memang kami nak terus ada anak. Kalau ada rezeki, Insyallah dua orang, tiga orang ka atau kembar ka.

Menurut Isa Khan, kalau boleh mereka berdua mahu memperolehi zuriat secepat yang mungkin. Secara berseloroh juga, dia mahu mempunyai anak kembar kalau dikurniakan rezeki. Risteena yang berada di sebelah suaminya itu kelihatan ketawa apabila melihat reaksi Isa Khan yang menjawab soalan daripada rakan media.

Karunia terhebat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Masa tu dia dekat rumah dan saya tengah sibuk shooting. Dia beritahu saya yang dia tengah tulis lagu. Dia tak bagi saya tengok lirik dan saya tak tahu muzik tu macam mana. Sampai lagu tu dah siap, rupanya lagu tu tentang saya. Dia mencari tajuk masa tu, saya dapat tahu Karunia Terhebat. First time saya dengar saya menangis. Saya rasa tak ada lelaki yang akan buat macam tu dekat saya.

Selain disoal mengenai zuriat, Isa turut memberitahu bahawa dia menghasilkan sebuah lagu yang berjudul ‘Karunia Terhebat’ buat isterinya. Menurut Risteena, dia menangis sewaktu mendengar lagu tersebut buat pertama kalinya. Tambah Risteena, dia tersentuh apabial Isa sanggup menghasilkan lagu khas buatnya.

Sumber: Media Hiburan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×