Foto: Dr Say dan isteri
Baru-baru ini, doktor selebriti iaitu Dr Say Shazril ada berkongsi kisah rumah tangga kenalannya hancur dek kerana orang ketiga. Lebih meruntun hati apabila mengetahui lelaki itu tergamak meniduri wanita lain ketika masih berstatus suami orang.
Bercerai masa isteri berpantang
Foto: Dr Say dan isteri
Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Say memaklumkan bahawa perbuatan jijik itu dilakukan si suami ketika si isteri sedang bertarung nyawa bersalin di hospital. Selepas segalanya terbongkar, pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk bercerai ketika si isteri sedang berpantang.
Pagi tadi bini cerita ada kawannya baru bercerai dengan suaminya masa dia tengah 9 hari berpantang. Katanya suaminya kantoi bermalam dengan perempuan lain masa bininya tengah nak bersalin di hospital. Bila check fon, jumpa gambar-gambar tak senonoh antara laki dan teman wanitanya tu.
Lebih mengejutkan apabila mengetahui ini bukan kali pertama si suami berbuat demikian malah dua tahun lepas, dia pernah kantoi curang dengan wanita yang sama namun si isteri memaafkan dan memberi peluang kedua. Meskipun sudah diberi peluang, tetapi siapa sangka lelaki ini masih memilih untuk menduakan si isteri.
Dajal sungguh laki sebegini. Baru ni jugak sorang laki yang saya pandang tinggi dan segani pun kantoi kacau junior doctors padahal ada anak bini dekat rumah. Yang tu pun end up bercerai.
Curang itu satu pilihan?
Sekadar gambar hiasan
Berdasarkan kisah dan pengalaman tersebut, Dr Say berpendapat sukar untuk seseorang itu berubah. Dia turut berharap agar diri dan rumah tangganya dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik.
Saya tahu zaman sekarang susah nak cari lelaki yang berkualiti tapi sanggupkah kalian risikokan diri untuk kecewa di kemudian hari? Maybe mereka yang curang ni berbuat sedemikian sebab they like the adrenaline rush/ the thrill of flirting/ rasa dingini ni.
Jadi kalau kalian sedang bercinta dan partner korang kantoi curang sampai tahap physical intimacy/ sexting/ dianggap keterlaluan bagi threshold curang masing2 nasihat saya tutup buku itu dan carilah yang lain. Nak poligami up to u tapi kalau nak touch & go better SAY NO ye peeps.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut berkongsi pendapat mereka berhubung isu curang dalam rumah tangga. Mereka berpendapat curang itu adalah satu pilihan dan kebanyakan mereka yang tidak berfikir panjang akan memilih jalan tersebut semata-mata untuk kepuasan diri.
Sumber: Dr Say Shazril