berita

‘Baru Perasan Selaput Mata Dah Teruk Sangat’ – Doktor Terkilan Anak-Anak Tak Ambil Peduli Soal Kesihatan Bapa

June 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Dr. Malar Santhi berkongsi sebuah kisah mengenai seorang warga emas yang menghidap penyakit selaput mata atau katarak yang kronik. Menurut Dr Malar, dia tidak pasti sama ada warga emas tersebut dapat melihat semula ataupun disebaliknya selepas menjalani pembedahan.

Susah nak jaga ibu bapa

Sewaktu kita kecil, parents jaga dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sanggup jalan kaki berbatu-batu untuk bawa anak kecil ke klinik, jumpa doktor, ambil suntikan vaksin baby, follow up dan lain lain. Dahulu, berjalan berbatu batu, sambil kendong anak kecil untuk ke klinik dah memang normal. Parents kita begitu cakna setiap appointment dan isu kesihatan semasa kita kecil dulu. Tapi bila kita dah besar, hmmmhhh mmg susah nak jaga parents. Mak sorang boleh jaga anak sepuluh. Tapi sepuluh anak nak ingat appointment doktor untuk mak yang sorang, memang sangat susah.

Sebagai manusia biasa, Dr Malar meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir anak-anak yang tidak cakna mengenai tahap kesihatan ibu bapa. Jelasnya lagi, dia mempunyai pengalaman berdepan dengan seorang pak cik yang menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun yang lalu. Menurut Dr Malar, pak cik tersebut tidak pernah melakukan pemeriksaan mata, apatah lagi berjumpa dengan doktor. Pak cik tersebut hanya membeli ubat di farmasi disebabkan anak-anaknya terlalu sibuk. Sehingga satu tahap, pak cik tersebut telah terjatuh dan dibawa ke hospital.

Sekali pun tak pernah check mata.  Jumpa doktor pun beberapa kali je, selebihnya beli ubat di farmasi. Sebab apa? Anak anak takde masa. Pak cik tak tahu klinik kat mana, sebab tu dia tak pergi seorang diri. Di minta temankan sekali je, tapi anak-anak tak ada masa. Walaupun penglihatan makin lama makin kabur, Pakcik diamkan sahaja, sebab anak-anak tak ada masa.

Bila terjatuh baru bawa ke hospital

Sekadar gambar hiasan

Akhirnya, bila pak cik terjatuh anak-anak tergesa-gesa bawa ke hospital sebab jatuh tu. Time tu lah baru perasan, selaput mata dah teruk sangat. Sempat kena bebel dengan doktor kecemasan kenapa tak rawat selaput mata yang dah kabur teruk tu. Pakcik jatuh sebab penglihatan dia dah tak jelas. Bila doktor dah cakap macam tu, memang pak cik angguk setuju, kalau tak memang dia tak nak mengaku mata dah kabur sebab dia tak nak susahkan anak anak.

Dr Malar turut memberitahu bahawa mujur pak cik tersebut tidak mengalami kecederaan yang teruk. Semasa berada di hospital, doktor mata memberitahu penyakit katarak yang dihidapi oleh pak cik itu sudah berada di tahap ketiga dan keempat. Lebih menyedihkan, mereka tidak tahu sama ada pak cik tersebut akan kekal buta ataupun penglihatannya akan pulih kembali.

Sumber: Dr Malar Santhi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×