berita

‘Baru Pulang Dari Sabah, Keputusan Ujian Belum Diterima’ – Lelaki Ditahan Polis Langgar Syarat Kuarantin

October 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu telah ditahan oleh pihak polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP).

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan ketika sedang makan malam di sebuah restoran.

Pulang dari Sabah

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, lelaki tersebut telah mendapat arahan daripada KKM untuk menjalani kuarantin di rumah bermula semalam sehingga 16 Oktober ini. Namun, dia telah mengingkar arahan tersebut dan keluar makan di tempat awam.

Lelaki itu sudah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas tiba dari Kota Kinabalu, Sabah dengan satu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam dan keputusan ujian masih belum diterima.

Justeru kita tangkap dia kerana melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan penyakit COVID-19 mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Bejangkit 1988.

Tambah Arifai, proses reman terhadap lelaki tersebut bakal dijalankan hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Manakala, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.

Patuh perintah kuarantin

Perbuatannya yang tidak mematuhi arahan menjalani kuarantin jelas boleh menggusarkan masyarakat sekitar. Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah menjalani kuarantin seperti yang diarahkan pihak KKM bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga mereka serta orang lain.

Ujar Arifai lagi, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar perintah kuarantin. Pada masa yang sama, orang awam boleh melakukan aduan sekiranya mereka ternampak mana-mana individu memakai gelang merah jambu.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×