berita

Baru Sebulan Mak Bercerai, Anak Pelakon Dituduh Bercinta Dengan Bapa Tiri

June 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Anak gadis kepada pelakon terkenal Indonesia, Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani menjadi bualan hangat netizen selepas ada dakwaan mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan bapa tirinya, Antonio Dedola.

Bercinta dengan bapa tiri?

Khabar angin itu mula tercetus selepas Laura atau lebih mesra dengan panggilan Lolly berkongsi di Instagram fotonya bersama Antonio. Tidak tahan dengan spekulasi tersebut, Lolly akhirnya tampil menjelaskan mengenai hubungannya dengan bapa tirinya itu.

Menurut Lolly, dia memang sangat akrab dan selesa dengan Antonio tetapi ianya hanyalah sekadar hubungan bapa dan anak sahaja. Malah dia sudah menganggp Antonio seperti bapa kandungnya sendiri meskipun ikatan perkahwinan ibunya dengan lelaki itu sudah berakhir.

Antonio sudah seperti ayahku sendiri. Saya tak pernah merasai memiliki seorang ayah sehinggalah Antonio hadir dalam hidup saya. Antonio juga melayani saya seperti anak gadisnya sendiri.

Yang mencipta kisah kotor tentang saya dan Antonio mempunyai hubungan istimewa itu tidak masuk akal, benar-benar gila.

Untuk rekod Nikita dan Antonio bernikah pada Januari lalu namun hubungan mereka hanya bertahan selama tiga bulan.

Sumber: Metro Suara

SKIP THIS AD ×