berita

Baru Sebulan Tamatkan Latihan Asas Konstabel, Anggota Polis Maut Tertembak

May 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Berita Terkini

Di Kuching, Sarawak, seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9. Kejadian tersebut dipercayai berlaku petang semalam kira-kira jam 7 malam.

Baru sebulan bertugas

Foto: Berita Terkini

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian mangsa baru sahaja sebulan bertugas di Sibu selepas berjaya menamatkan latihan asas Konstabel. Ujar Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mangsa yang berusia 24 tahun berasal dari Pahang.

Ibu Pejabat Daerah Sibu sedang menyiasat kejadian petang tadi dengan terperinci. Kejadian melibatkan anggota yang baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas. Siasatan sedang dijalankan oleh IPD Sibu.

Ketika kejadian, dua anggota lain turut berada di tempat kejadian namun, sehingga kini tiada sebarang butiran lanjut mengenai kejadian yang menimpa mangsa.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×