berita

Baru Sehari Meniaga, Kedai Dah Kena Rompak! Siap Pilih Kasut Lawa Lagi…

October 24th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Ini kisah sedih yang dikongsi oleh Echi di platfom Twitternya, apabila kedai kasut terpakai yang diusahakan oleh bapanya telah dirompak. Kedai tersebut baru sahaja mula beroperasi, namun sudah dirompak semalam. Kejadian ini berlaku di Jalan Parit Omar, Bukit Kuching.

‘Promote’ kedai Abah

Foto: Echi

Sebelum kejadian tersebut terjadi, Echi sempat mempromosikan perniagaan bapanya dengan menunjukkan pelbagai jenis kasut yang akan dijual. Tambahan pula, dia juga turut membuat satu akaun khas di Instagram bagi menujukkan koleksi kasut yang ada kepada pembeli yang tidak dapat datang ke kedai ayahnya.

Walaupun tidak menyediakan perkhidmatan pos, namun Echi bijak menggunakan alternatif lain dengan memperkenalkan self pickup di kawasan Damansara dan Shah Alam. Pembeli tersebut berpeluang untuk mencuba kasut itu terlebih dahulu tanpa ada sebarang masalah dengan saiz.

Ayahnya ketika itu baru sahaja mula berniaga bagi meraih sumber pendapatan tambahan kerana sudah pencen.

Kedai kena rompak

Foto: Echi

Menerusi perbualan Whatsapp tersebut kakak kepada Echi memberitahu mereka sekeluarga bahawa kedai bapanya sudah dirompak. Kakaknya turut menjelaskan bahawa banyak kasut yang telah hilang.

Korang, kedai abah i kena rompak, kedai abah i tak sepah, Tapi kasut cantik2 lawar yang elok2 semua hilang. Hahah p***d*k punya pencuri punya banyak masa kau kan siap pilih!!!!

Perompak itu juga bijak, dengan hanya memilih kasut yang menarik sahaja. Perkongsian tersebut telah meraih 2.4k retweet, 1.4k likes, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang telah terjadi kepada mereka sekeluarga.

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Echi

SKIP THIS AD ×