berita

Baru Seminggu Kahwin Inai Masih Merah Di Jari, Lelaki Dipercayai Lemas Di Tasik Kenyir

March 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Asma Ramlee

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lepas, seorang lelaki dikenali sebagai Ami Azzizol Abu Bakri,22, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, dua hari yang lalu.

Semoga dipermudahkan

Foto: Junaidi Eddy

Seorang lelaki dikenali sebagai Junaidi Eddy, dipercayai abang ipar kepada mangsa turut berkongsi beberapa status tangkap layar isteri kepada mangsa yang mendoakan supaya suaminya ditemui semula. Menerusi status yang dimuat naik oleh Asma Ramlee, merupakan kakak ipar kepada mangsa turut meminta doa daripada orang ramai supaya jasad mangsa dapat dijumpai dengan kadar yang segera.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pencarian mangsa di sana. Tiada daya upaya kami selain dengan pertolonganMu. Kuat semangat yer adik. Reda dengan segala kemungkinan .
Adik ipar saya lemas di Tasik Kenyir malam tadi, jasadnya masih belum ditemui.

Baru 6 hari diorang kahwin. Berat ujian ni buat kami sekeluarga. Minta kawan-kawan doakan urusan pencarian mangsa dipermudahkan Aamiin ya rabbal alamin .

Difahamkan mangsa dan isterinya, Syarifah, bercuti ke Tasik Kenyir bagi meraikan perkahwinan mereka bersama keluarga mentuanya yang menetap di Rasau Dungun.

Masih gagal ditemui

Foto: Kosmo

Lapor Kosmo, setakat ini operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemui mangsa. Menurut abang sulung kepada mangsa, Amir Amizi, mereka sekeluarga bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 1 pagi selepas mendapat berita tersebut.

Saya difahamkan mereka sampai di rumah rakit yang menjadi tempat penginapan pada pukul 1 tengah hari semalam sebelum dijadual pulang pada hari ini. Tahu-tahu saya dimaklumkan dengan kejadian lemas yang menimpa adik bongsu saya (Ami Azzizol) pada pukul 8 malam semalam.

Kami juga menunaikan solat hajat bagi memudahkan operasi pencarian adik lelaki saya.

Sumber: Kosmo, Asma Ramlee & Junaidi Eddy

SKIP THIS AD ×