berita

‘Baru Teringat Ada Kenyataan Tak Dijelaskan’ – PU Abu & Ain Afini Sah Talak Dua

May 16th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Semalam di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Hakim Syafie Mohd Nuruazhar Tohar mengesahkan lafaz cerai yang dijatuhkan PU Abu terhadap isterinya, Ain Afini adalah tidak sah. Namun, konflik penceraian rumah tangga mereka akhirnya menemui jalan kesudahan dengan jatuhnya talak dua selepas kedua mereka berpatah balik ke mahkamah mengemukakan fakta sokongan penceraian.

Ada maklumat tak cukup

Menurut laporan mStar, PU Abu dan Ain Afini membuat keputusan berpatah balik ke mahkamah tersebut bertujuan bagi mengemukakan maklumat tambahan untuk menyokong isu penceraian ini. PU Abu turut mengakui ada beberapa maklumat yang tidak dijelasnya dari pihaknya.

Ketika ketua hakim buat keputusan (penceraian tak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan tidak penuh dari pihak saya. Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan penceraian tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan.

Terpaksa berpatah balik ke mahkamah

Bagaimanapun, PU Abu enggan berkongsi sebarang kenyataan tambahan yang dikemukakannya di mahkamah itu.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan ke mahkamah.

Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercerai.

Melibatkan aib di pihak sana

Sementara itu, Ain Afini meengesahkan mengenai maklumat yang disampaikan bekas suaminya itu. Dia juga enggan untuk berkongsi fakta tambahan itu kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Kami sambung bicara kes waktu petang. Ada maklumat lelaki tidak lengkap sewaktu perbicaraan lagi. Itu yang menjadi punca talak tak sah.

Jadi, kalau ikutkan mahkamah keputusan macam itu jatuh talak dua. Tapi saya maaf tak dapat kongsikan fakta tambahan kerana ianya melibatkan aib di pihak sana.

Pada 28 Januari lalu, pasangan ini telah bercerai talak satu dan mengambil keputusan untuk merujuk semula kira-kira sebulan selepas itu.

Sumber: mStar