berita

‘Kita Diajar Untuk Sayang Nabi Bukan Setahun Sekali’- PU Abu

September 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

PU ABU SUFYAN

Pencetus Ummah (PU) Abu dituduh sebagai golongan berfikiran liberal gara-gara menyarankan umat Islam meraikan Maulidur Rasul secara sederhana.

Artikel Berkaitan: Hana Azraa Buat U-Turn, Terima Semula PU Abu Dalam Hidup? -‘Bismillah…’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sebenarnya Trauma Nak…’ – Hana Azraa & PU Abu Kembali Berbaik Sebagai Suami Isteri

Tak setuju cara merayakan Maulid Nabi

PU Abu

Berdasarkan tangkapan skrin yang dimuat naik di Instagram Story, individu terbabit turut mempertikaikan mana bukti tanda rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Anak pun kita sambut hari ulang tahun kelahiran dia. Tiba Rasulullah pesuruh Allah kita nak sambut biasa saja. Mana kata cinta Rasulullah? Setahun sekali pun nak cuba lupakan baginda. Susah fahaman liberal ini.

Tampil memberi penjelasan, Abu, 29, berkata umat Islam diajar untuk sayang kepada Nabi setiap hari bukan hanya setahun sekali.

Liberal terus. Sekiranya membela sunnah nabi itu dilabel sebagai liberal, silakan melabel lagi dan lagi. Kita diajar untuk sayang nabi bukan setahun sekali. Kita perlu diajar untuk sayang nabi setiap hari.

Saya bukan tidak bersetuju dengan sambutan Maulid Nabi tetapi saya tidak setuju cara kita merayakan Maulid Nabi itu sendiri.

Apatah lagi tarikh Maulid Nabi itu sendiri menjadi pertikaian dalam kalangan para ulama.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi mengajak orang ramai supaya melakukan aktiviti mendekatkan diri dengan agama sebagai tanda sayang kepada Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya sayangkan nabi boleh lakukan tiga perkara ini iaitu amalkan sunnah baginda, perbanyakkan selawat dan belajar sirah hidup baginda.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×