berita

[VIDEO] Coretan Isteri Pertama PU Abu Raih Perhatian – ‘Kita Tahu Bila Perlu Mengalah & Bila Perlu Berjuang’

April 24th, 2024 | by Alia
Kini Trending

pu abu

Hantaran terbaharu isteri pertama kepada pendakwah, (PU) Abu Sufyan iaitu Ain ‘Afini telah menarik perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Abu Akui ‘Tergelincir’, Dedah Punca Kontroversi Rumah Tangga Viral – ‘Sebenarnya Iman Tak Kuat Untuk Saya Pertahankan’

Artikel Berkaitan: PU Abu & Hana Azraa Timang Cahaya Mata Kedua, Bukti Rumah Tangga Dalam Keadaan Baik

‘Nota untuk isteri yang diuji’

pu abu

Menerusi hantaran di TikTok, Ain sedang berada di lapangan terbang sambil ditemani oleh PU Abu. Pendakwah itu dilihat turut mencium pipi dan dahi isterinya sebelum mereka berpelukkan.

Di ruangan kapsyen pula, Ain menulis coretan yang ditujukan buat isteri yang diuji.

Dekat tv ada macam-macam cerita rumah tangga. Ada yang baik, ada yang sebaliknya. Itu belum lagi cerita di media sosial, yang memang mustahil tak terbaca sebab semuanya dihujung jari.

Tapi kebanyakan cerita mampu menggugat ketaatan isteri. Banyak yang triggered emosi. Harini sedikit coretan tentang isteri.

Menurut Ain, dia berharap agar setiap isteri yang diuji oleh Allah SWT memiliki iman yang teguh dan mereka diberikan kekuatan meskipun menghadapi cabaran yang berat dalam rumah tangga.

Untuk para isteri yang pernah diuji. Semoga terus kuat rohaninya untuk tenang menghadapi ujian menerpa. Semoga teguh imannya untuk tetap tabah walau sebesar apa masalah yang menimpa.

Jatuh, dia bangun. Rebah, dia bangkit semula. Kerana dia tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuannya. Kerana dia yakin, Allah itu tidak pernah zalim. Susah senang, sihat dan sakit, ketawa dan air mata, semua adalah berjalan diatas qada dan qadarNya yang azali.

Dalam pada itu, Ain juga berpesan kepada para isteri supaya sentiasa bersabar dengan setiap usaha yang dilakukan selain perlu menumpukan diri dalam mencari ilmu agama dan meningkatkan ibadah.

Kuatkanlah langkah kakimu. Kerana segala kesulitan yang ada di dunia tidaklah sebanding dengan kesusahan di akhirat. Kita tahu bila perlu mengalah dan bila perlu berjuang. Usaha dan sekuat mana perbuatan kita, tidak akan menjamin kekalnya kasih sayang selamanya kerana ihsan itu datangnya dengan izin Allah. Jadi utamakan cinta dan kasih sayang Allah dalam perjalanan yang panjang ini.

Jangan dilihat keluarga lain, hanya lihat keluarga kita dahulu. Fokus perkemaskan ilmu tauhid. Perhalusi ibadah hati, dalami ilmu tasawuf dan fardhu ain. Yang memberi kebahagiaan dan hak itu semua atas izin Allah.

Semestinya apa yang ditulis tidak semudah melakukanya tetapi sekecil-kecil usaha seorang isteri atau suami tetaplah dipandang oleh Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Insya-Allah, semuanya atas izin Allah.

Terdahulu, Abu memberi bayangan dia dan dua isterinya bakal membawa haluan masing-masing.

Namun sekitar Mac lalu, Abu dan isteri keduanya Hana Azraa selamat menimang cahaya mata kedua mereka dan kelihatan rumah tangga yang dibina masih lagi utuh.

Untuk info, Abu mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya pada tahun 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.

Kemudian, Abu dan Hana pula bernikah pada tahun 2019 dan memiliki seorang cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.

Sebelum itu, Hana yang merupakan ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertamanya.

 

@umiainafini

Dekat tv ada macam macam cerita rumah tangga. Ada yang baik, ada yang sebaliknya. Itu belum lagi cerita di media sosial, yang memang mustahil tak terbaca sebab semuanya dihujung jari. Tapi kebanyakan cerita mampu mengugat ketaatan isteri. Banyak yang triggered emosi ; Harini sedikit coreran tentang isteri. Untuk para isteri yang pernah diuji, Semoga terus kuat rohaninya untuk tenang menghadapi ujian menerpa. Semoga teguh imannya untuk tetap tabah walau sebesar apa masalah yang menimpa. Jatuh, dia bangun. Rebah, dia bangkit semula. Kerana dia tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuannya. Kerana dia yakin, Allah itu tidak pernah zalim. Susah senang, sihat dan sakit, ketawa dan air mata, semua adalah berjalan diatas Qada dan QadarNya yang Azali. Kuatkanlah langkah kaki mu. Kerana segala kesulitan yang ada di dunia tidaklah sebanding dengan kesusahan di akhirat. Kita tahu bila perlu mengalah dan bila perlu berjuang. Usaha dan sekuat mana perbuatan kita, tidak akan menjamin kekalnya kasih sayang selamanya kerana ihsan itu datangnya dengan izin Allah. Jadi utamakan cinta & kasih sayang Allah dalam perjalanan yang panjang ini. Jangan dilihat keluarga lain, hanya lihat keluarga kita dahulu. Fokus perkemaskan ilmu tauhid, Perhalusi ibadah hati, dalami ilmu tasawuf dan fardhu ain. Yang memberi kebahagiaan dan hak itu semua atas izin Allah. Semestinya apa yang ditulis tidak semudah melakukanya tetapi sekecil-kecil usaha seorang isteri atau suami tetaplah dipandang oleh Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. InsyaAllah – semuanya atas izin Allah ????

? bunyi asal – Sis_Azlina78 – Sis_Azlina78???

Sumber: TikTok Ain Afini

SKIP THIS AD ×