berita

Batal Majlis Kahwin Sebab Bakal Suami ‘Cancel’ Menu Makanan Pilihan – ‘Saya Bayar Tapi Saya Tak Boleh Pilih’

August 15th, 2022 | by Shira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan (Food Safety Training & Certification)

Seorang wanita nekad membatalkan perkahwinan selepas mendapati tunangnya membatalkan semua pilihan menu vegan untuk tetamu majlis tanpa pengetahuannya.

Batal kahwin sebab menu makanan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan News.au, wanita yang berusia 25 tahun itu memaklumkan dia dan keluarganya mengamalkan cara pemakanan vegan disebabkan masalah kesihatan yang dialami mereka. Oleh hal demikian, dia meminta supaya pilihan makanan vegan dimasukkan dalam menu pada majlis perkahwinan tetapi tunangnya, 31 tahun membantah. Malah lelaki itu mendakwa ianya merupakan satu pembaziran.

Tunang saya dan keluarganya merupakan pemakan daging tegar dan saya okay sahaja.

Meskipun begitu, wanita ini tetap dengan pendiriannya namun siapa sangka, beberapa hari selepas perbincangan tersebut, lelaki itu secara senyap-senyap membatalkan semua pilihan vegan dalam menu majlis. Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia terus ke pejabat tunangnya untuk membincangkan hal tersebut. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mengeluarkan pilihan vegan itu merupakan idea ibunya.

Tunang saya terus mempertahankan dirinya malah mengatakan saya seakan-akan memaksa dia melakukan semua ini. Tapi, makanan berasaskan daging sudah terlalu banyak. Takkan saya tidak boleh mendapatkan empat atau lima pilihan vegan sedangkan saya yang membayarnya?

Ibu tunangnya itu juga turut menghantar mesej dan mempertahankan keputusan anak lelakinya. Dia turut meminta tunang anaknya itu menyelasaikan perkara itu secepat mungkin tetapi sayangnya mereka tidak menemui kata sepakat. Susulan daripada itu, wanita ini nekad membatalkan perkahwinan.

Sumber: News.au

SKIP THIS AD ×