Penyanyi Masya Masyitah mengundang kritikan netizen apabila tampil mengenakan fesyen yang dianggap keterlaluan untuk seorang wanita berhijab.
Artikel Berkaitan: Mesranya.. Pergi Konsert Coldplay Di London, Aedy Ashraf & Daiyan Trisha Bercinta?
Fesyen melampau
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Masya baru sahaja melancarkan single baharunya berjudul Simpanan.
Masya, 22, memuat naik beberapa foto dan video di platformnya bagi tujuan promosi.
Dalam perkongsian itu, pemilik nama Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff memakai dua jenis pakaian iaitu berwarna hitam dan merah jambu.
Masya berani mati memakai baju tanpa lengan berlubang di bahagian dada yang dipadankan dengan ‘inner’ berwarna putih.
Makin lama makin pelik
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan pakaian Masya yang jauh berbeza ketika awal pembabitannya dalam industri seni.
Selain itu, Juara Ceria Popstar Musim Kedua juga dikecam kerana tidak menjaga batas pergaulan dengan model berbangsa Cina.
Hasil pemerhatian OhBulan!, penyanyi asal Kedah itu memilih untuk mengendahkan semua komen negatif yang ditulis.
Sumber: Instagram @masyitah_masya