berita

Mesranya.. Pergi Konsert Coldplay Di London, Aedy Ashraf & Daiyan Trisha Bercinta?

August 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas Aedy Ashraf bertindak memadam foto-fotonya bersama Amelia Henderson termasuk sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama tahun lalu, timbul pula topik baru apabila aktor ini ke London dan bertemu dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Kongsi Diri Terluka, Peminat Bagi Kata Semangat – ‘Kami Akan Sentiasa Ada Untuk Awak’

Status jadi tanda tanya

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Daiyan menayang kemesraan mereka berdua menari dan menyanyi ketika menyaksikan konsert kumpulan Coldplay di Stadium Webley, London, England pada 17 Ogos lalu.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 28, turut memaparkan keakraban hubungan mereka di media sosialnya.

Difahamkan, Daiyan ‘terbang’ ke New York, Amerika Syarikat pada minggu lalu sempena pelancaran sebuah produk jenama popular sebelum ke London.

Rebound ke?

Perkongsian itu membuatkan rata-rata warganet tertanya status hubungan dua pelakon itu.

Ada segelintir peminat yang mendakwa Aedy dan Daiyan sedang menyulam cinta.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang mengecam dua pelakon drama Project: Anchor SPM itu kerana tidak menjaga batas pergaulan antara satu sama lain.

Pada 27 Mac lalu, tular video yang memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan di Bukit Jalil.

Bagaimanapun, pada akhir Julai lalu, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.

Sumber: Instagram @daiyantrisha & @aedyxashraf

SKIP THIS AD ×