berita

[VIDEO] Butik Elrah Exclusive Terbakar, El Azman Anggap Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian

March 24th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pengasas jenama butik pakaian baju Melayu, Elrah Exclusive iaitu El Azman berkongsi detik cemas apabila butik miliknya yang terletak di Bangi terbakar pada petang Jumaat.

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Reda, Van Jenazah ‘Pertubuhan Amal Nur By Khiriah’ Terbakar – ‘Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya’

Dua pekerja sesak nafas

@elazmanALLAH DATANGKAN UJIAN UNTUK KITA KUAT, ALLAH TANGGUHKAN SESUATU SUPAYA KITA SABAR.ALLAH HILANGKAN SESUATU SUPAYA KITA REDHA.PERCAYALAH ADA HIK MAN DISEBALIKNYA. Alhamdulillah dugaan itu rezeki butik ELRAH EXCLUSIVE Bangi? original sound – El Azman

Menerusi TikTok, El atau nama sebenarnya Mohd Hilmi Che Azman memuat naik video memaparkan beberapa petugas bomba yang sedang bertungkus lumus memadamkan api kebakaran.

Namun begitu, El menjelaskan dirinya tetap reda dan tabah dengan ujian yang melanda perniagaannya itu.

Allah datangkan ujian untuk kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar.

Allah hilangkan sesuatu supaya kita reda, percayalah ada hikmah disebaliknya.

Alhamdulillah, dugaan itu rezeki.

Hantaran yang dikongsikan El itu turut meraih perhatian dan menuai pelbagai reaksi daripada wargamaya media sosial.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, tampil melaporkan kebakaran yang berlaku itu turut mengakibatkan dua orang pekerja kepada El mengalami sesak nafas.

Dua pekerja lelaki di butik itu mengalami sesak nafas dan mereka diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang turut berada di lokasi.

Kedua-dua mangsa yang berusia 20 dan 21 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.

Komen netizen

Sumber: TikTok El Azman, Berita Harian

SKIP THIS AD ×