berita

Bathtub Macam Ada Blood Stain! – Pengalaman Seram Menginap Hotel Terlajak Murah Di Indonesia

July 14th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

PUAKA 1 header

Bila melancong ke tempat orang perkara penting yang harus diutamakan ialah penginapan lebih-lebih lagi jika bersama keluarga. Bila dah penat berjalan seharian, badan perlukan rehat yang cukup nak teruskan aktiviti esoknya.

Antara cara paling pantas untuk banding harga dan review mestilah dengan menggunakan applikasi yang ada. Tapi dinasihatkan agar tak percaya pada gambar 100%. Nanti tak pasal-pasal jadi macam brader ni, hotel siap ada pool, katil king, bathtub dan balcony mengadap pool. Harga pulak murah gila tapi rupa-rupanya… Seram!

Hotel terlajak murah lengkap pool, katil king, bathtub & balcony

BALI yang SERAM 2016.

Kami biasa dah guna aplikasi, boleh compare harga dan review dengan cepat.

So katanya Hotel terletak kt kuta, location dan hotel diberi rating 5 bintang oleh para reviewer.

Lengkap pool, katil king, bathtub dan balcony mengadap pool..untuk orang kebanyakan macam aku ni rase takjub dah tengok ciri ciri hotel ni..paling penting harga terlajak murah..ape lagi..sambar je laaa kan..

Ok turun kat bandara, naik dengan supir terus ke hotel..dari jalan besar dimana hotel2 cantik kat kiri kanan..tetiba masuk satu simpang gelap..”Damn, dah kenape lak tersorok gini”..sumpah jalan tu muat satu kete je lalu..then dalam simpang ade masuk lagi simpang2 kecik..hati tak sedap dahhh ni oi..

Supir tu pun macam tercari2, then terus berhenti kat sebelah pondok..”ini hotelnya..” Kata pak supir..we ollss like dari ngantuk terus segar bijik mata tengok yg pondok tunggu nak rebah tu rupenya lobi dia..

Fine, turun register kat “counter” dia pastu terus jalan ke bilik dan jalan tu outdoor super gelap..tengok tangan sendiri pun samar2 k..tapi tak kesah dah mengenangkan anak kecik ni dah rabak ngantuk dan takut dia meragam..laju je jalan ke bilik…

Bangunan usang, bilik besar dengan bau bunga yang seram, bathtub ada kesan blood stain

Then lalu tepi pool, macam bangunan usang dah 2 3 tahun tak maintain..kena naik tangga ke tingkat 2 (dia 2 tingkat je pun) ..jalan sampai hujung dan yes, perfect sebab bilik yang hujung sekali, bilik lain semua kosong and view mengadap hutan..perghh dugaan betul..ni baru cerita sampai depan pintu bilik..but lega la jugak dah sampai…

Bukak pintu…bilik besar, katil besar rupa sangat lama tapi ermm memang “welcoming” betul bau bilik..bau bunga yang seram..taktau bunga apa tapi bila bau rasa seram la..kuat sangat bau tu..aku tak sure ni bau air freshener dia atau bau benda lain..ahh badan penat..malas nak fikir..campak segala beg, tarik selimut letak baby dulu..janji dia setel dulu takpe..

Dek perjalanan panjang ni, kaki rasa lenguh amat..so duduk jap bukak kasut stokin, terus pijak lantai dia nak ke toilet..”adusss…lantai berminyak!” Terus jinjit kaki ke toilet…ok ni paling best…bathtub dia ade macam blood stain ke ape tak sure, serious macam murder scene..siap ade macam blood stain ke ape tah..lantai kotor gile berkerak! Dinding segala..MasyaAllah aku nak pegang kepala paip pun tak sanggup..batal segala niat..tahan je laaaa

Ok rasa a bit stress, lampu dah la satu je mentol kecik, bilik agak malap..bukak pintu usha balcony..balcony ni bersambung dengan bilik sebelah yg kosong..oh memang TAK laa kan nak lepak situ..penat yg amat..terus landing kat bantal and tarik selimut nipis berbulu..”ade lagiii”…siling dia bocor siap lumut..and katil bantal dia lembap..

Tiba-tiba si kecik bangun siap tunjuk sudut sana sini, macam jumpa ‘member’ nak ajak main

Haa Tak tau nak fikir ape dah, tetiba..si kecik ni bangun…and segar macam jumpa member nak ajak main..siap gelak2 macam kena usik..lagi power, siap tunjuk2 kat aku kat sudut sana sini…”dinding kosong je kot adel! Jangan la macam2 wehh”
Hahaha…aku pun ikut gelak je la sekali sedapkan ati mengenangkan ujian semua ni..malam tu memang bunyi bunyian dinding, dan segala simptom mistik semua ada cukup..naaaasib badan.

Terus pesan kat wife, jangan bawak keluar barang dari beg..esok pagi2 terus chow check in kt hotel lain..boleh sawan aku rasa kalau duk situ lama2..

Tips: jangan percaya dengan gambar bilik, tapi percaya kat gambar lobi hotel.. cantik lobby, cantiklah biliknya InsyaAllah.

Ini berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi aku, sesetengah pendapat mungkin berbeza bergantung kepada individu.

Gambar takde sebab tak amik pun, taknak tengok gambar2 objek tambahan dalam foto.

sumber: Zaed Hurairah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×