Kalau korang kaki travel, ini berita yang korang tak boleh lepaskan!
Mulai Mac 2025, Batik Air akan memperluaskan rangkaiannya dengan tiga destinasi baru yang memukau iaitu Beijing, Changsha dan Xiamen. Best kan?
Jadi, lepas ni tak payah pening fikir nak melancong ke mana lagi!
Beijing, gabungan warisan lama & inovasi moden
Bayangkan berjalan di tengah kehebatan Kota Larangan (Forbidden City) sambil terpesona dengan keajaiban Tembok Besar China. Kalau korang suka seni moden, jangan lupa singgah di Pusat Seni Persembahan Kebangsaan yang ikonik tu.
Oh, dan yang lebih menarik, penerbangan ke Beijing akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing (PKX), yang terkenal dengan reka bentuk futuristiknya. Memang pengalaman kelas pertama!
Penerbangan pertama ke Beijing akan bermula 21 Mac 2025 dan beroperasi tiga kali seminggu. Confirm sempat nak plan cuti hujung minggu korang!
Changsha: Syurga budaya & masakan pedas
Kalau korang belum kenal Changsha, biar kami cerita sikit. Changsha ni adalah ibu kota Wilayah Hunan dan terkenal dengan campuran sejarah, budaya, dan vibe moden. Korang boleh melawat Taman Pulau Jingga (Orange Island Park) atau mendaki Gunung Yuelu untuk menikmati pemandangan indah.
Buat foodies pula, korang WAJIB cuba masakan Hunan yang terkenal dengan rasa pedas berapi. Lepas makan, bolehlah explore nightlife Changsha yang happening.
Penerbangan ke Changsha akan bermula 22 Mac 2025, empat kali seminggu. So, takde alasan nak skip trip ni!
Xiamen, gabungan tradisi & pemandangan menakjubkan
Xiamen dikenali sebagai bandar pelabuhan yang penuh dengan keunikan budaya dan keindahan landskap. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Kuil South Putuo, sebuah kuil Buddha yang terkenal dengan seni bina tradisional dan suasana yang mendamaikan.
Selain itu, korang juga boleh singgah di Shimano Strait Tower untuk menikmati pemandangan 360 darjah Selat Taiwan yang memukau. Lokasi ini memang sesuai untuk korang yang suka gambar Instagram-worthy!
Penerbangan pertama ke Xiamen akan bermula pada 11 April 2025, empat kali seminggu. Jadi, korang boleh rancang trip hujung minggu yang santai ke sini.
Kenapa pilih Batik Air?
Batik Air bukan sekadar tambang murah tau!
Dengan fleksibiliti tambang seperti Economy SuperSaver, Value, Flexi, dan pilihan Kelas Perniagaan, korang boleh menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu risau tentang bajet. Ruang kaki yang luas pula memang jadi bonus kalau nak travel jauh.
Tambahan pula, tambang Batik Air sangat kompetitif, memberikan pengalaman perjalanan premium dengan nilai yang berbaloi, siapa tak nak, kan?
Malaysia sendiri telah menyambut lebih 2.82 juta pelancong dari China sejak Januari 2024, menyumbang RM8.83 bilion kepada ekonomi negara, menunjukkan permintaan tinggi untuk destinasi ke China.
Laluan terbaru Batik Air ke Beijing, Changsha, dan Xiamen kini melengkapkan rangkaian destinasi popular seperti Chengdu, Guangzhou, Haikou, Kunming, Zhangjiajie, dan Zhengzhou.
Plan perjalanan korang sekarang!
Dengan pelancaran laluan baru ni, korang ada lebih banyak peluang untuk terokai keindahan budaya, sejarah, dan kemajuan di China. Sama ada korang nak explore keajaiban Beijing, vibe moden Changsha atau keindahan Xiamen, Batik Air akan pastikan perjalanan korang jadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom rancang percutian korang sekarang dan layari www.batikair.com untuk maklumat lanjut. Jangan lupa share berita ni dengan geng travel korang sebab peluang macam ni bukan selalu datang!