berita

Bawa Trak Sendiri, Angkat Kotak Makanan, Ramai Tak Perasan Rupanya Brad Pitt Yang Agih Bantuan

January 15th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, bintang Hollywood, Brad Pitt sememangnya antara selebriti yang sering memberi bantuan dari segi wang mahupun pertolongan lain. Terbaru, sekali lagi tindakan Brad Pitt membantu mengagihkan kotak makanan kepada penduduk Los Angeles (LA) dipuji ramai.

Bawa sendiri trak

Apa yang menarik perhatian ramai adalah pelakon berusia 56 tahun itu dilihat memandu sendiri trak penghantaran serta mengangkut kotak makanan sendiri. Walaupun begitu, ramai tidak perasan bahawa lelaki itu adalah sebenarnya Brad Pitt memandangkan beliau memakai pelitup muka dan pakaian biasa.

Seorang saksi memberitahu Brad Pitt menolong tanpa henti dengan memunggah dan menghantar kotak kepada mereka yang menunggu dalam barisan panjang.

Brad memang kelihatan seperti hero. Lelaki itu tidak berhenti seharian. Hanya melihat dia memandu trak besar di South Central LA pada musim pandemik ini adalah satu perkara yang sangat terpuji. Dia benar-benar sangat tekun bekerja tanpa menunjukkan wajahnya.

Bintang “Once Upon a Time … In Hollywood” dilaporkan bekerja selama kira-kira empat jam berturut-turut, hanya berhenti untuk merokok dan kemudian terus bekerja kembali.

Sempoi bersahaja

Rata-rata penduduk setempat memuji tindakan terpuji pelakon itu yang sanggup bersusah payah membantu ketika musim pandemik ini. Ada mendakwa Brad Pitt dilihat sangat ramah bersama sukarelawan yang membantunya. Apa yang lebih mengagumkan adalah Brad Pitt sendiri tidak mendedahkan dirinya seorang pelakon terkenal kerana gayanya yang santai dan bersahaja mengenakan jeans lusuh dan berkemeja kotak.

Brad Pitt memang lain dari lain sehingga boleh membuatkan kami jatuh cinta. Cara dia bergurau, ketawa bersama pembantu-pembantunya benar-benar buat kami kagum.

Dalam pada itu, Brad Pitt turut menghiburkan orang ramai yang beratur mengambil kotak makanan dengan mengeluarkan pembesar suara dari traknya dan memainkan beberapa lagu dari telefon bimbitnya. Ketika itu, seorang pelakon Thomas Houseago turut dilihat melawatnya di kawaasan itu.

Sumber : Pagesix

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×