Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail memberitahu tugas membayar bil dan perbelanjaan rumah merupakan tanggungjawab para suami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Tak Layak Bagi Nasihat Panjang Lebar’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Dedah Tak Pernah Sentuh Soal Keperluan Rumah, Suami Tak Bagi Bayar Guna Duit Sendiri – ‘Dia Kata Itu Tanggungjawab Dia’
Tanggungjawab suami
Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 29, berkata, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada tuntutan nafkah yang wajib diberikan kepada isteri.
Secara mudahnya, itu (bayar bil dan perbelanjaan rumah) adalah tanggungjawab semua lelaki dan suami bukan saya seorang sahaja.
Semua lelaki yang sudah berkahwin kena jaga nafkah yang perlu kita bagi. Itu adalah wajib.
Haris berkata demikan ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, pada Isnin.
Pendakwa yang mesra disapa PU Riz berkata demikian bagi menjawab tentang video tular isterinya iaitu Noor Neelofa yang mendedahkan bahawa dia tidak pernah membayar semua bil sejak berkahwin.
‘Sama seperti solat’
Disebabkan pendedahan tersebut, ramai netizen yang mengidolakan Haris dan berharap agar pasangan mereka juga akan memiliki sifat bertanggungjawab sedemikian.
Bagaimanapun, menurut Neelofa, tiada apa yang perlu dibanggakan kerana tugas tersebut sememangnya tanggungjawab para suami.
Sama seperti solat. Mungkin akan ada isteri yang berkata suaminya solat lima waktu. Bagi saya perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana semua umat Islam wajib solat.
Terdahulu, sepotong video daripada sebuah saluran podcast memaparkan Neelofa mendedahkan dia tidak pernah membayar segala bil air, elektrik, sewa serta barang keperluan rumah sejak berkahwin dengan Haris.
Kata Neelofa, suaminya melarang dia membeli barang-barang keperluan rumah menggunakan duitnya sendiri kerana itu adalah tanggungjawab seorang suami.
Malah Haris akan bertanya tentang bil jika ternampak Neelofa membeli barang keperluan rumah tanpa pengetahuannya.
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1.