Pelakon cantik jelita, Shakilla Khoriri mengimbau kembali perjalanan hidupnya 11 tahun dahulu sewaktu dia mula menceburi bidang lakonan di Malaysia.
Menceritakan kisah itu, baginya bukan mudah untuk bergelar seorang pelakon sehingga dia kehabisan wang simpanan demi cita-citanya itu.
Guna duit simpanan untuk pergi casting
https://www.instagram.com/p/B3TVjz0poq5/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Menerusi entri di laman Instagramnya itu, Shakilla menceritakan pengalamannya yang pernah bekerja di sebuah butik sebelum membuat keputusan berhenti kerja di situ untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Tambahnya lagi, dia juga sanggup membelanjakan duit simpanannya untuk pergi casting semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang pelakon.
Bayaran RM800 untuk 6 bulan pengambaran
Menceritakan kisah itu, Shakilla kemudian diterima berlakon dalam sebuah drama 26 episod. Namun, apa yang mengejutkan adalah bayaran yang diterimanya pada ketika itu hanyalah berjumlah RM800 walaupun penggambaran drama itu mengambil masa selama 6 bulan.
Menurut Shakilla, jumlah bayaran yang diterima pada ketika itu tidak menjatuhkan semangat sebaliknya dia bersyukur kerana itu merupakan langkah pertamanya sebelum menempah nama dalam industri lakonan.
Ambil upah kupas jagung
Dek kerana kehabisan wang untuk mengisi minyak semata-mata untuk pergi casting. Dia kemudian terpaksa melakukan kerja sampingan di pasar malam dengan mengambil upah mengupas jagung. Namun ceritanya, dia hanya menerima bayaran serendah RM15 ke RM20 sehari. Dan apa yang lebih menyedihkan apabila ibunya juga turut membantu dalam pekerjaan itu.
Bagaimanapun, kata Shakilla pengalaman itu lah yang membuatkan dia ingat akan asal usulnya serta lebih menghargai rakan-rakan yang berada dalam industri hiburan tanah air. Baginya, bidang ini bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan sanggup dilakukan oleh semua orang.
Sumber: Shakilla Khoriri