Pelakon Zahiril Adzim berkongsi pengalaman pahit apabila bekerjasama dengan sebuah syarikat produksi yang mempunyai masalah kewangan sehingga terpalit kepada barisan pelakon dan kru.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shera Aiyob Kongsi Sebab Jatuh Cinta Dengan Zahiril Adzim – ‘Dia Berbeza Dengan Ex Boyfriend Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Tak Elok Bercakap Waktu Makan, Zahiril Adzim Respon – ‘Saya Kena Betulkan, Sunnah Makan Adalah Bercakap’
Produksi ada masalah kewangan
Ketika ditemui OhBulan!, Zahiril atau nama lengkapnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 41, berkata kejadian itu berlaku di sebuah set penggambaran kira-kira lima tahun lalu di mana para pelakon dan kru produksi hanya dihidangkan makanan berasaskan sardin.
Sarapan pagi roti dengan sardin, tengah hari nasi dan lauk sardin, petang dan malam pun makan sardin. Saya rasa pelik juga, kemudian saya bersuara mewakili semua termasuk kru.
Kasihan kru produksi, mereka buat kerja berat, angkat besi dan sebagainya tak akan hanya makan sardin.
Macam artis mungkin boleh ‘lari’ sekejap untuk beli makanan dan sebagainya tapi kru produksi pula bagaimana?
Namun selepas menyuarakan perkara itu, Zahiril dimaklumkan oleh pembantu pengarah bahawa produksi menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan peruntukan untuk makanan menjadi terhad.
Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025, di The Boathouse, Ampang pada Isnin.
Lambat terima bayaran
Zahiril turut mendedahkan pernah berdepan masalah apabila pihak produksi tersebut turut menangguhkan pembayaran kepadanya dalam satu tempoh yang agak lama.
Setahu saya, drama itu tak keluar dan saya tak tahu kenapa. Bayaran saya memang dapat tapi itu pun selepas bersuara dan ambil masa yang lama daripada biasa.
Menurut Zahiril lagi, pengalaman itu membuatkan dia lebih berhati-hati sebelum menandatangani mana-mana kontrak berlakon.
Tapi Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan produksi yang okay dan tidak berdepan dengan masalah sebegitu.
Dalam perkembangan lain, Zahiril bakal muncul dalam drama bersiri Alibi, terbitan Unifi TV Originals, yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Selain Zahiril, drama ini turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Nabila Huda, Nadia Aqilah, dan Firdaus Ghufran.